Sunday 28 February 2010

bila waktu itu sampai dan bila rasa ini hilang, gembiralah jiwa dan hatimu kerana tidak ada lagi perkara yang perlu engkau risaukan tatkala melihat aku kemudian hari..semoga bahagia dirimu begitu..semoga gembira diriku begini..

Thursday 11 February 2010

Mak Apan (kawan gua) hilang!!

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
 
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah....Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

"Dalam sinki penteri."

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.

"Babi!"

MUG la Apan.. MUG ..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara. 

p/s : siot..aku bce pon rse dup dap..alih2 mug..sengal..

Sunday 7 February 2010

avatar's superb..seriously..mmg best. aku rase kalo aku jadi jake sully pon aku akan transfer soul aku dalam body

Thursday 4 February 2010

cha ya nun alip

pagi semalam macam biase aku pegi keje  naik lrt. today on my way to reach office..dalam train aku duduk tepi kiri *kalo siape penah naik train tau la..yg tak tau meh aku draw ok* aku dengan kaki yg injured berlari naik tangga nak kejar train *kalo lambat nanti lambat le aku sampai ofis* dan akhirnya berjaya lah duduk tepi kiri tu kan. pada aku duduk tepi ni port best jugak la.*bole tdo.haha* dari terminal gombak sebelah aku takde orang, sampai la taman melati baru aku ade teman..aku tak amik kisah pon siape duduk sebelah, asalkan perempuan *macam la bole pilih2 nak siape duduk kan.haha* dalam train yg sejuk lagi nyaman ditambah plak mase perjalanan yg panjang. so aku tetido *cecey padahal memang nak tido* tido lah aku dengan nyenyaknye sampai kelua air liur basi. hik hik tipu2.

org lidi jek la eh.

agak2 sampai kerinci aku terjaga *sebelum tu ade jugak terjaga* sebab aku terase lengan dengan pinggang aku kene cuit..tapi bukan dengan jari, dengan siku. aku rase la kan..badan aku takde lah besa sangat sampai terlebih cover seat sebelah. cha ya nun alip kat sebelah aku tu dok gerak2 siku die macam nak mintak space suruh aku bagi ruang kat die. korg penah tak tengok org yg sesaje die je gerak2 siku kedepan dan kebelakang without purpose. tapi yg ade purpose la..cuma aku tak tau purpose die ape, nak sakitkan hati aku kot. bukan aku taknak bagi tapi paham2 jelah lrt ni bukan rumah, space limited. penah je aku duduk sebelah org yg lagi besa dari badan aku tapi takde pon nak bising2 sebab sedia maklum memang sempit. mula2 2,3 kali die buat aku wat donno jela.bile da lebih2 aku tegur la 'excuse me' die buat bodo jek. hangin aku. jantung aku da laju sebab aku marah. pastu die buat lagi. aku duduk tegak aku luruskan lengan aku ketepi, da sah2 la kene die kan? petu pandai plak cakap excuse me *cam syial* aku bgtau badan aku tak lebih pon dari border. kalo takat tersentuh tu biase la. petu aku da malas nak amik tau. die nak siku lantak die. memang aku hangin satu badan time tu tapi kalo aku dok marah2 serupa la macam die je kan. so go on la siku2 until you tired..petu die turun kat taman paramount. hah. aman. org yg duduk sebelah aku lepas tu badan lagi besar dari cha ya nun alip tu, takde pon nak bising2..chi si! *betul ke eja?bia jelah asal korg paham*

p/s : kalo nak lebar2 beli la kereta sendiri ok. stupido.