Monday 12 November 2012

Big Thrill

Sky trex buat pertama kali bikin aku kaget dan cuak bila menyeberang tali diantara dua batang pokok. buat kali pertama aku menjerit dalam hati nak balik! dalam hati je, kat luar aku cakap jugak mueheheh. kali pertama aku terus terang mengeluh bila buat aktiviti lasak.

Bila balik rumah cerita dengan mama ayah, rupa-rupanya mama kata aku memang gayat. Patut la aku ketaq lutut bila naik tempat tinggi.

Ok. Aku kena mengaku memang gayat, tapi selalunya gayat aku tertinggal kat tengah-tengah aktiviti bila mula rasa syiok kat situ. Kalau aku masih gayat pun selalunya aku masih boleh kawal tapi sky trex ni agak keterlaluan gayat aku.

Baru big thrill, belum extreme lagikk heheh. Ruginya sebab takde sijil atau bukti yang kita dah naik sampai habis.

Tiba-tiba ayah buka cerita pasal kapal yang kitorang pernah naik masa pergi singapura. Kapal tu memang besar, macam real. Pernah tengok/naik permainan kapal outdoor dekat genting tu? Ha lebih kurang macam tu la tapi singapura punya masa tu tinggi dan besar gila.

Lepas tu masa dia turun tu..fuhh fuhh fuuuhhhhh rasa jantung dah kat luar dah..sudah tu dia hayun lama pulak tu..nasib baik aku tak terkucil ke ape ke. End up aku duduk dekat kaki ayah. Serius aku memang cuak sangat la time tu.

Tapi mama kata dah takde dah..masa tu singapura banyak tanah lagi..

Next time kalau ada kelapangan lagi aku nak try big trill sekali lagi, insyaAllah extreme jugak. ^^