Tuesday 23 October 2012

Cornflakes Madu

selamat pagi. *11.43* pagi lagi kan? :D

harini nak kongsi resepi kuih raya, tak berapa nak kuih sangat la sebab cornflakes je. ye, kita buat cornflakes madu. resepi ni aku dapat dari blogger Raihanna atau lebih senang dipanggil Rai.kagum dengan Rai ni tau, student medic belajar kat moscow tapi minat dalam bidang masakan. dan dia sangat-sangat berbakat.

sebenarnya cuba resepi ni dua tahun lepas, jadi tau~! (^_^) hehe cuba bayangkan rasa seronok tak terhingga dia tu sebab 1st time buat terus jadi. rupa-rupanya senang je nak buat dia. tak percaya? jom.


Bahan-bahan :

250 gram cornflakes
2 sudu besar madu
kacang tanah & badam yang ditumbuk kasar (boleh juga tambah kismis/ceri/cashew nut kalau suka)
3 sudu besar golden syrup (brand Nur)
50 gram/1 senduk gula pasir
1 senduk marjerin
choc rice/manik warna warni/ceri sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya


Cara-cara membuatnya :

1. satukan marjerin, golden syrup, madu, gula pasir di dalam satu periuk/kuali.

2. panaskan bahan-bahan di atas dengan api yang sederhana sehingga larut kesemuanya. Tutup api.

3. ramaskan cornflakes dengan kacang & badam di dalam satu bekas.

4. curahkan campuran yang masih panas tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes dan kacang tanah & badam tadi..gaul rata sehingga sebati.

5. masukkan cornflakes madu ke dalam acuan kertas menggunakan sudu.

6. hias mengikut kreativiti masing-masing, aku guna chocolate rice

7. bakar di dalam ketuhar bersuhu 160 celsius selama 5-8minit.

8. selepas dibakar, biarkan sejuk pada suhu bilik sebab ia akan mengeras dengan sendiri.
 

dan fuhh, jadilah coco crunch! :p haha takdenye cornflakes dah bake rasa coco crunch. 

 ini la rupa dia masa tengah sejukkan dalam dulang

oh dan ini hasil 250g + 500g corn flakes. :)

3 botol ni, habis yillek dalam masa 4 hari, buat hari bantai (sehari sebelum raya) habis raya ketiga. raya keempat makan kuih lain eh. hahaha. ade jugak yang terhangus sikit, golap la sikit warna dia, tapi so far masih tak menjejeskan rupa, bau dan yang penting rasa. heeee. dan dapat permintaan dari adik sepupu aku untuk raya yang lepas, untuk raya korban ni takde pulak lagi :P


heee thanks Rai untuk resepi yang mudah dan sedap. (^_^)

jangan lupa singgah blog Rai ye, she got plenty of recipes. banyak sangat!  

selamat mencuba!

Thursday 18 October 2012

Newbie

oh ok, mesti semua pelik kan entri dah berlambak tapi kenapa blog ni takde satu pun follower? 

sebab?

aku tukar link. tukar email. dan blog ni hasil di-import dari akaun lama. since gmail tak benarkan kita buat lebih dari satu akaun macam yahoo, even 2nd acc pun tak boleh letak gmail acc. so i decided to make a new acc. heee. adalah lagi sebab lain, tak kan nak list-kan semua ye dak? ye dak? ye dak?

mula-mula aku nak letak 'storyofme' tapi sebab dah ada orang guna, aku tambah lah kat belakang which is bila aku baca jadi bunyi 'story of melah' KAKAKA. ok lantak situ. 

macam yang korang tengok, header pun takde lagi. tengah godek-godek nak letak header apa. so nantikaaaan. eh, kemain lagi. gempak sangat gayanya. hik.

tata.

Wednesday 17 October 2012

Meet Fazlina

tadi tengah doodle, tiba-tiba teringat fazminin sebab doodle yg aku buat tu seakan-akan dia! haha.







aku curik gambar kau kat twitter, jangan marah eh faz.

Friday 12 October 2012

Upstairs Cafe

Memang padan dengan nama pun, cafe memang kat tingkat atas. Nice. Teratur walaupun ramai orang. Red velvet dia umph! banyak lagi pilihan sebenarnya tapi kami memang nak makan red velvet. Mocha pun sedap. Enjoy the pic.


 @biBieOlga







@redammoc



lokasi : SS12 Subang jaya, shop lot next to SDMC

next time bawak @hayathaniza pulak ok (^_^)v

Thursday 11 October 2012

Ada appointment! Urgent.

Selesai wuduk, Juna dengan selipar basah bergerak ke surau. Ada seorang makhluk sedang solat. Ah, puan Ailin. Siap bertelekung Juna mulakan solat. Belum rakaat kedua dia dengar bunyi pintu yang cuba dibuka. Juna teruskan solat.
   
   "eh, apsal tak boleh bukak ni?" puan Ailin mengomel sorang-sorang. Pintu itu sekali lagi cuba dibuka. Ayat lazim yang Juna baca tak dapat dia teruskan.
Aihh, tak kusyuk solat aku. Juna batalkan solat.
   "kenapa puan?"
   "Pintu ni tak boleh bukak pulak" Puan Ailin berusaha lagi, tombol di pusing ke kiri dan kanan.
   "Eh takpelah Juna, you solat la.." Juna kembali solat. Dugaan sungguh.
Belum cukup terduga agaknya aku ni, Juna batalkan solat lagi..macam mana la nak kusyuk kalau aku dengar..
   "Erm siling ni nak panjat tinggi pulak" dengan loghat terengganu dia tu, lagi lah buat aku nak tergelak. Dok teringat Ustaz Azhar Idrus pulok doh. 

Dengan badan besar macam tu, memang tak lahhh. Juna dah mengekek dalam hati. Aku yang kecik ni pun tak sampai nak panjat, ade hati..kah kah. Ni kalau gelak aku boleh di kepul-kepulkan jadi awan, memang dah penuh dengan awan surau ni. Juna mengucap panjang. Pasang niat semula, cuba fokus solat. Kali ni berjaya sampai rakaat ketiga, rakaat keempat Juna tak sampai hati biarkan puan Ailin membebel sorang-sorang lagi.
   "I ada appointment ni, I dah lambat." haa sudah, appointment dengan client mana pulak ni.

Juna selesai jugak solat dengan empat kali percubaan. Rakan-rakan sepejabat penuh kat depan pintu surau, dah kalau puan Ailin boleh jerit sampai orang yang jauhnya sepuluh meter pun boleh dengar memang tak hairan la semua boleh berjemaah tolong bukak pintu dari luar pulak. 

Macam-macam cara dah dicuba, ada yang bawak toolbox. Aku pun tak faham kenapa nak bawak toolbox sebab Kina, budak admin tu dah call Daron tukang kunci dari LockSmith tu.

Puan Ailin mintak tolong ambilkan handphone dia, nak bagitau yang dia lambat la kot. Macam biasa Kina je yang tau semua benda. Handphone pun bertukar tangan lalu bawah pintu. Tiba-tiba..
   "Eshhh, handphone I habis bateri pulak." Semua yang dok mengadap pintu dekat luar dah tergelak. Tokleh nok wak mende doh laa..

Berbekalkan tukul dan pemutar skru dua, tiga saiz.. akhirnya terbukak jugak pintu surau yang tombolnya sekarang dah bolos. Daron sampai dengan muka bengang sebab dah takde kerja untuk dia buat. No income. Kesian kau Daron, nasib kau la deal dengan HR manager aku yang kelam kabut tu. Oh, tapi Daron dapat jugak la sepuluh ringgit. keh keh. Jadilah tu, duit kopi.

Juna keluar surau dengan senyum simpul tahan gelak..
   "I ada appointment, I dah janji dengan anak I nak makan KFC." Maka melopong lah sekalian rakan pejabat Juna. Kahkah.

*Appointment nak makan KFC sampai macam tu sekali..hadeh laa