Tuesday 23 October 2012

Cornflakes Madu

selamat pagi. *11.43* pagi lagi kan? :D

harini nak kongsi resepi kuih raya, tak berapa nak kuih sangat la sebab cornflakes je. ye, kita buat cornflakes madu. resepi ni aku dapat dari blogger Raihanna atau lebih senang dipanggil Rai.kagum dengan Rai ni tau, student medic belajar kat moscow tapi minat dalam bidang masakan. dan dia sangat-sangat berbakat.

sebenarnya cuba resepi ni dua tahun lepas, jadi tau~! (^_^) hehe cuba bayangkan rasa seronok tak terhingga dia tu sebab 1st time buat terus jadi. rupa-rupanya senang je nak buat dia. tak percaya? jom.


Bahan-bahan :

250 gram cornflakes
2 sudu besar madu
kacang tanah & badam yang ditumbuk kasar (boleh juga tambah kismis/ceri/cashew nut kalau suka)
3 sudu besar golden syrup (brand Nur)
50 gram/1 senduk gula pasir
1 senduk marjerin
choc rice/manik warna warni/ceri sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya


Cara-cara membuatnya :

1. satukan marjerin, golden syrup, madu, gula pasir di dalam satu periuk/kuali.

2. panaskan bahan-bahan di atas dengan api yang sederhana sehingga larut kesemuanya. Tutup api.

3. ramaskan cornflakes dengan kacang & badam di dalam satu bekas.

4. curahkan campuran yang masih panas tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes dan kacang tanah & badam tadi..gaul rata sehingga sebati.

5. masukkan cornflakes madu ke dalam acuan kertas menggunakan sudu.

6. hias mengikut kreativiti masing-masing, aku guna chocolate rice

7. bakar di dalam ketuhar bersuhu 160 celsius selama 5-8minit.

8. selepas dibakar, biarkan sejuk pada suhu bilik sebab ia akan mengeras dengan sendiri.
 

dan fuhh, jadilah coco crunch! :p haha takdenye cornflakes dah bake rasa coco crunch. 

 ini la rupa dia masa tengah sejukkan dalam dulang

oh dan ini hasil 250g + 500g corn flakes. :)

3 botol ni, habis yillek dalam masa 4 hari, buat hari bantai (sehari sebelum raya) habis raya ketiga. raya keempat makan kuih lain eh. hahaha. ade jugak yang terhangus sikit, golap la sikit warna dia, tapi so far masih tak menjejeskan rupa, bau dan yang penting rasa. heeee. dan dapat permintaan dari adik sepupu aku untuk raya yang lepas, untuk raya korban ni takde pulak lagi :P


heee thanks Rai untuk resepi yang mudah dan sedap. (^_^)

jangan lupa singgah blog Rai ye, she got plenty of recipes. banyak sangat!  

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment