Monday 3 November 2014

Perkenalkan Anak Kepada Bayi Anda Yang Bakal Lahir

Ini adalah komen blogger tentang isu anak sulung di ruangan blogger lain. Apa yang aku kongsikan bukan lah berkenaan anak sulung semata-mata, aku tertarik dengan kaedah yang digunakan. Syabas. InsyaAllah kita mampu memimpin dan membentuk anak-anak dengan sedikit perubahan.
Mohd Zulkifli Shafie28 April 2014 8:48 PG

Berdasarkan pengalaman kami yang ada 7 orang anak, ada yang perlu diperbetulkan cara handle anak yang dikongsikan oleh penulis. Cara penulis kongsikan ni ialah masa kami baru ada anak 3. Masa tu, saya fikir, kami belum lagi "matang" untuk handle anak-anak secara harmoni. Jadi, anak yang baru lahir akan sentiasa jadi pesaing kepada anak yang lebih besar. Anak lebih besar anggap adiknya 'musuh'. Kalau dia nak marah, dia akan lepaskan geram kepada adik semata untuk dapatkan PERHATIAN kita.

Bila saya fikir balik, itu adalah kesilapan kami.

Mulai anak ke-4 hinggalah anak ke-7, kami ubah keadaan ni. Bila isteri mengandung, kami akan ceritakan kepada anak-anak adiknya bakal lahir dan sentiasa bagi kata-kata motivasi yang mereka akan jadi "abang", "kakak" yang dibanggakan oleh adiknya yang bakal lahir. Masa isteri mengandung, abang2 dan kakak2 dah cium perut ibunya (cium adiknya dalam perut). Tak sabar-sabar tunggu adiknya bakal lahir.

Bila adiknya lahir, abang2 dan kakak2 (walaupun masih kecil dan tak faham apa2) akan jadi PART OF THE TEAM yang JAGA, PROTECT, BANTU adiknya. Kesilapan kami dulu, bila adiknya lahir, kami jauhkan abang2 & kakak2nya (yang masih kecil) sebab takut mereka pukul dsb. Yang besar akan sentiasa memberontak sebab mereka nak tengok adik mereka.

Lepas tu kami ubah. Bila adiknya lahir, kami ajak abang2 & kakak2 datang dan tunjukkan mereka cara gosok dan sayang adiknya cara yang betul. Bila mereka buat cara yang betul, kami hadihkan mereka "pujian" yang tentunya mereka rasa bangga jadi kakak dan abang. Kami jadikan mereka part of the team yang jaga adiknya yang baru lahir.

Alhamdulillah, bermula kami ubah approach, keadaan dah berubah. Yang besar akan anggap adik mereka untuk disayangi dan dilindungi. Mereka bangga jadi abang dan kakak! :)

Alhamdulillah...

*semoga anak-anak anda membesar dengan sihat dan bijak. Amin.
**sumber: mamapeduli

Wednesday 9 April 2014

Hanya pengguna yang dapat kelulusan Span dikecualikan catuan air

Pengecualian catuan air hanya diberikan kepada pengguna yang mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) sahaja. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata, berkata golongan yang tidak terlibat dengan catuan bekalan air itu disenaraikan semula ialah pusat dailisis, hospital kerajaan dan swasta, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Selain itu, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Stesyen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar turut tersenarai dalam kategori pengguna yang dikecualikan dari catuan air.

Kenyataan itu juga berkata pengguna di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang juga tidak terlibat dengan pelan catuan bekalan air peringkat pertama kerana mereka tidak menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang tercemar akibat kandungan ammonia dalam Sungai Langat.

"Walaupun mereka tinggal berhampiran dengan pengguna yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji itu namun saluran bekalan air terawat bagi kawasan itu bukanlah dari sumber Sungai Langat," katanya.

Begitu juga bagi sesetengah pengguna kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang yang tidak menerima bekalan air dari sumber air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates turut tidak terlibat dengan pelan catuan peringkat ketiga dan keempat.

Pelan catuan air masih diteruskan atas arahan kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan Span walaupun hujan telah turun di kebanyakan kawasan.

"Pihak Syabas berkeyakinan bahawa keputusan yang dibuat itu tertakluk kepada keadaan takungan di empangan dan juga kadar pencemaran di Sungai Langat di mana paras kandungan ammonia masih tidak menentu," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkenaan pelan catuan bekalan air, pengguna boleh melayari laman web Syabas www.syabas.com.my. – Bernama, 9 April, 2014.

-The Malaysian Insider

Monday 7 April 2014

Awak..

Saya nak jaga makan pakai awak..
Saya nak jatuh cinta dengan awak setiap hari..
Saya nak rindukan awak setiap kali awak keluar bekerja..
Saya nak rasa selamat bila bersama awak..
Saya nak jadi semangat awak..
Saya nak jadi yg terbaik buat awak..
Saya nak setiap hari kita di isi dengan sesuatu yg tak akan kita lupa..
Saya nak senyuman awak menghiasi hari-hari saya..
Saya nak awak sentiasa berbangga dengan saya..
Saya nak awak tegur kesilapan saya..
Saya nak awak terima saya seadanya..

Sudi tak..awak kahwin dengan saya?

Saya mungkin tak kenal awak, 
Awak juga mungkin tak kenal saya..
Tapi mungkin juga kita saling mengenali..
Siapa awak, siapa saya..itu tak penting. 

Semoga awak tenang.

Semoga Allah satukan hati kita.
Semoga Allah beri petunjuk kepada kita.

Semoga kita redha dengan ketentuan-Nya.
Amin.