Wednesday, 9 April 2014
Hanya pengguna yang dapat kelulusan Span dikecualikan catuan air
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata, berkata golongan yang tidak terlibat dengan catuan bekalan air itu disenaraikan semula ialah pusat dailisis, hospital kerajaan dan swasta, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Selain itu, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Stesyen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar turut tersenarai dalam kategori pengguna yang dikecualikan dari catuan air.
Kenyataan itu juga berkata pengguna di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang juga tidak terlibat dengan pelan catuan bekalan air peringkat pertama kerana mereka tidak menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang tercemar akibat kandungan ammonia dalam Sungai Langat.
"Walaupun mereka tinggal berhampiran dengan pengguna yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji itu namun saluran bekalan air terawat bagi kawasan itu bukanlah dari sumber Sungai Langat," katanya.
Begitu juga bagi sesetengah pengguna kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang yang tidak menerima bekalan air dari sumber air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates turut tidak terlibat dengan pelan catuan peringkat ketiga dan keempat.
Pelan catuan air masih diteruskan atas arahan kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan Span walaupun hujan telah turun di kebanyakan kawasan.
"Pihak Syabas berkeyakinan bahawa keputusan yang dibuat itu tertakluk kepada keadaan takungan di empangan dan juga kadar pencemaran di Sungai Langat di mana paras kandungan ammonia masih tidak menentu," kata kenyataan itu.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkenaan pelan catuan bekalan air, pengguna boleh melayari laman web Syabas www.syabas.com.my. – Bernama, 9 April, 2014.
-The Malaysian Insider
Monday, 18 June 2012
Qarin
Kita start Kuliyyah malam ni, Ok semua sila baca basmalah dan Al Fatihah dulu ok, Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma Zidnee Ilman Naafi'an.
Malam ni tajuk Kuliyyah kita adalah : Qarin, Pendamping Setiap Manusia
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. FACT
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri
Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir FACT
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. FACT
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat, sama ada malaikat ataupun qarin. ThinkIt
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir. LemahkanQarinAnda
Banyakkan membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah serta tinggalkan larangan Allah. LemahkanQarinAnda
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat.
Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabda baginda: “Ya aku juga ada tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja, yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ; Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad..
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata..
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?”
Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”
Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?”
Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”
Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan" (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir.
Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk.
Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dan minum dia ingat Allah.”
Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. FACT
Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.
Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu. FACT
Terkontang kantinglah manusia itu dihadapan ALLAH nanti menjawab pertanyaan ALLAH.
Sebagai orang Islam, hendaklah kita senantiasa mendengar dipihak Malaikat yang membisikan kebaikan bukan Qarin yang membisikan kejahatan.
Siapa yang suka buat jahat, dosa dan maksiat itu maknanya Qarin dia sangat bijak memanipulasi dia dan Qarin dia sangat gemuk.
So, start from now lemahkan Qarin anda dengan mengikut Malaikat yang membisikan kebaikan pada anda. InsyaALLAH Qarin anda akan lemah tak berdaya.
So sekian sahaja Kuliyyah malam ni untuk sahabat, saya kasi pendek ja sebab tengok sahabat lain mengantuk dah. Kesian kat uols tunggu iols~
Moga bermanfaat buat kalian semua, InsyaALLAH. Yang kurang dari saya, yang hebat dan berkuasa hanya milik ALLAH SWT :)
sumber : @DyraHadi
Friday, 25 May 2012
Monday, 9 April 2012
kejadian itu
"adik, tengok mama solat kejap."terus die ambik beg tu bawak lari. lepas solat, mak tanya kenapa adik duduk dekat pintu. dia pon jawab la..
"orang tu bawak lari beg tangan mak"
masa cousin + makcik aku tengah solat, semua suruh aku pegang..*cuak time tu* tapi aku rasa pencurik tu tak kan datang time org tengah kecoh2 macam tu..tapi aku takut jugak. besilang2 beg kat badan aku masa tu. kalau dia pukau aku keluar bawak semua beg2 tu tak ke naya. nganga jela semua nanti.
p/s : ada lori ada bas, esok-esok ada lagi yang kena kebas
Tuesday, 31 January 2012
Bace je lah~
Tuesday, 17 January 2012
ibu bapa vs anak, salah siapa?
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
p/s : semoga nanti aku boleh jadi ibu yang baik untuk anak2 aku. amin.
Thursday, 17 November 2011
lidah oh lidah
Wednesday, 9 November 2011
fobia
Acarophobia - Takut pada rasa gatal atau serangga yang menyebabkan gatal.
Acerophobia - Takut akan rasa asam.
Achluophobia - Takut akan gelap/kegelapan.
Acousticophobia - Takut akan suara.
Acrophobia - Takut akan ketinggian.
Aerophobia - Takut meneguk, menelan udara,atau material beracun yang ada di udara.
Aeroacrophobia - Takut akan tempat tinggi yang terbuka.
Aeronausiphobia - Takut akan muntah atau mabuk udara.
Agateophobia - Takut akan kegilaan.
Agliophobia - Takut akan rasa sakit.
Agoraphobia - Takut pada tempat terbuka, takut di kerumunan orang, tempat umum seperti pasar. Takut untuk meninggalkan tempat yang aman.
Wednesday, 29 June 2011
syukur, alhamdulillah..
Firman Allah,
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka kepadanya.
Surah Al-Talaq. 65 : ayat 2 – 3
p/s : syukur alhamdulillah, akan selesai satu masalah.. =]
Monday, 30 May 2011
Beer Halal???
Monday, 11 April 2011
info : botol susu bayi
tapi aku nak cerita pasal topik yang agak serius kali ni dan aku rasa ibu2 kat luar sana semestinya risau gila kalau tengok atau terbaca apa2 yg berkaitan dengan anak2 betul tak? walaupun aku belum kahwin tapi pengalaman besarkan budak tu ada..yela, cucu sulung. kalau nak tuka lampin, buat susu, tidurkan baby tu boleh la kan..ok berbalik pada topik kita tadi. sebelum ni mesti korg dah pernah tengok iklan susu anmum pasal kandungan gula. boleh klik SemakGula untuk semak kandungan gula anak2 korg ye. semalam dalam WHI pulak keluar topik tentang botol susu baby. kandungan BPA bisphenol-A yg dapat membahayakan kesihatan dan fungsi otak. untuk ibu2 yg risau kenapa tempoh pengharaman tu terlalu lama, itu kerana pihak yg berkenaan nak ambik masa untuk educate atau bagi kesedaran pada semua yg berada di dalam dan luar bandar. dalam tempoh tu, bagi ibu2 yg dah tau tentang info ni diharap boleh berkongsi dengan ibu2 yg lain diluar sana. kat bawah ni aku kongsikan sedikit info.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
Maksud simbol-simbol yang pada produk plastik:
1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman yg lain. Botol2 dengan bahan 1 dan 2 direkomenkan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air suam dan panas. Buang botol yang sudah lama atau rosak.
2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti 1 PET, 2 juga direkomendasikan hanya untuk sekali pemakaian.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di daur ulang. Plastik ini boleh ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus senang bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembik. Barang-barang dengan kod 4 dapat di daur ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan 4 boleh dikira, tidak dapat di hancurkan tetapi masih baik untuk bekas makanan.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau keputih-putihan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.
6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa mengeluarkankan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain bekas makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. banyak negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU) sudah melarang pemakaian bekas makanan yg mengandungi styrofoam.
7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang boleh merosakkan sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.
sumber : tipsehat, akuinginhijau, kabarinews, beritaharian, yusrinahata
