tapi aku nak cerita pasal topik yang agak serius kali ni dan aku rasa ibu2 kat luar sana semestinya risau gila kalau tengok atau terbaca apa2 yg berkaitan dengan anak2 betul tak? walaupun aku belum kahwin tapi pengalaman besarkan budak tu ada..yela, cucu sulung. kalau nak tuka lampin, buat susu, tidurkan baby tu boleh la kan..ok berbalik pada topik kita tadi. sebelum ni mesti korg dah pernah tengok iklan susu anmum pasal kandungan gula. boleh klik SemakGula untuk semak kandungan gula anak2 korg ye. semalam dalam WHI pulak keluar topik tentang botol susu baby. kandungan BPA bisphenol-A yg dapat membahayakan kesihatan dan fungsi otak. untuk ibu2 yg risau kenapa tempoh pengharaman tu terlalu lama, itu kerana pihak yg berkenaan nak ambik masa untuk educate atau bagi kesedaran pada semua yg berada di dalam dan luar bandar. dalam tempoh tu, bagi ibu2 yg dah tau tentang info ni diharap boleh berkongsi dengan ibu2 yg lain diluar sana. kat bawah ni aku kongsikan sedikit info.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
Maksud simbol-simbol yang pada produk plastik:
1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman yg lain. Botol2 dengan bahan 1 dan 2 direkomenkan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air suam dan panas. Buang botol yang sudah lama atau rosak.
2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti 1 PET, 2 juga direkomendasikan hanya untuk sekali pemakaian.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di daur ulang. Plastik ini boleh ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus senang bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembik. Barang-barang dengan kod 4 dapat di daur ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan 4 boleh dikira, tidak dapat di hancurkan tetapi masih baik untuk bekas makanan.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau keputih-putihan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.
6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa mengeluarkankan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain bekas makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. banyak negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU) sudah melarang pemakaian bekas makanan yg mengandungi styrofoam.
7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang boleh merosakkan sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.
sumber : tipsehat, akuinginhijau, kabarinews, beritaharian, yusrinahata
nmpak cm isu kecik. tp bahaya kan...
ReplyDeleteFarihah Ahmad:
ReplyDeleteyup..nampak mcm kecik..
utk kite yg xda anak ni mgkn kita x pk la kan..
tp yg ada baby tu, sure risau gila..