Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

aik, kau pun sama jugak?

tak faham aku. dok cakap orang mengata orang lain, tu bagus sangat ke? pedulik la orang nak cakap ape pun. kau kecoh boleh pulak? haha. 2x5=10. 5x2=10. kan same je tu. kau tau ke betul atau salah kenyataan siapa2 pun? huhu..sendiri pun panas hati dengan kenyataan orang lain. kau nak cakap ape?

p/s : paku dulang paku serpih, mengata orang tak habih2..

Saturday, 22 October 2011

quick update kot.

aaa..i am crazy about bag lately..nak cari yang besar boleh muat semua tapi yang kecik pun cantik jugak tapi dah beli pun satu beg ni.tapi tak memuaskan. inila risiko beli online sebab beg tu dari china, salah aku la sebab tak tanya dulu tapi..salah orang tu jugak sebab bagi barang yang indah khabar dari rupa. tapi dalam kes ni indah gambar dari rupa. perhatikan gambar kat bawah ni..


ini yang di iklankan.


ini yang aku dapat.

ok aku takla marah sangat tapi upset la, sebab tengok dalam gamba lain tapi bagi lain. aku tak kisah dari china ke, korea ke, italy ke..asalkan gamba tu actual la. dia tak cakap pun yang gamba tu lain. tapi nasib baik amoi tu baik, bila aku cakap aku tak puas hati dgn kualiti dia refund balik rm10..huhu berbaloi jugak kn? jadi pengguna2 di luar sana, voice out! =P~

oh, minggu depan deepavali, lucky aku tak duduk rumah mama sekarang sebab for sure la deepavali akan menyesakkan jalan kat area batu caves tu. memang kami tak pernah keluar la bila tiba perayaan mereka2 tu. sesak bangat..dan cerita pasal cuti ni, last monday aku cuti, tengok adik aku convo kat unisel. sangat la mencabar dengan panasnye, laparnye sebab tak sempat makan, dan yang paling sedih aku duduk kat luar sorg2 walopun ade ramai yang datang. bukan aku kenal pon kan. ape pun tahniah Amira Ramizan. =]~

ini da bosan sangat da ni sampai da takde gamba lain nak capture.

dengan mama dan ayah. *bunga ade angry bird ok* huhu 


nox, kwn dia.

alhamdulillah, selesai pon convo die. tunggu sampai setahun lebih. apeda unisel. hurm. haih, laparnye..teringat makan pasta semalam, kat borneo rainforest cafe, sunway..yang tiara jaquelina punye tu..

fettuccine carbonara, nampak sedap kan? memang sedap.

p/s : sedap tapi mahal. berbaloi la kot.

Monday, 19 September 2011

selamat hari raya aidilfitri

Ye memang dah lambat tapi aku pon nak jugak ucap selamat hari raya kepada semua yang mengenali diri aku, tak kira kecik besar tua muda. masih perlu berhati2 di jalan raya ok. semenjak dua menjak tiga menjak duduk rumah sewa ni aku tak sempat pun nak beraye rumah sedara mara. almaklumla takde kenderaan. ma ayah, mintak kereta satu..viva pn ok jek. heheh. =p~ nasib baik ofis sepelaung je jauhnye. tapi next month dah nak duduk serumah ofismate aku. rumah sekarang ok cuma mahai skit lew. haha. gewli ai type mcm niw..huhu

Semoga raya kali ni menggembirakan semua penduduk bumi khasnya umat islam seluruh dunia.
 ~~~~ O ~~~~

nikmati gambar raya kami 
(lokasi : Pengkalan Balak, Melaka)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 20 August 2011

family iftar

haha. patutnya aku bagi salam ke, tanya kabar ke kan. ok2, aku tau korg semua baik2 belaka kan. aku je hidung tak reti kering, hingus meleleh2..nasib tak poce..ops..poce2..hihi poce yang yok pagi2 tak sempat pun bukak periok terus pergi kerja..haha kesian kan. sobs..takpe2 soon aku boleh puasa balik..soon..tapi takpe kita tinggalkan itu, yang paling penting hari ni aku berbuka dengan familiku yang tercinta~



ok. aku nak carik pic selesema tapi end up dengan sesuatu yang sangat kejam. bukan aku tapi pic kat bawah ni. aku rase empunya kaki takde perikemanusiaan. dan emak atau ayah budak tu agaknya memang takde akal.





pijak budak ni dengan reason menyembuhkan selesema. tak ke bodoh tu.



p/s : he's back..please don't break my heart. again. i mean it.



Wednesday, 29 June 2011

syukur, alhamdulillah..

terlalu hebat dugaan kali ni. thanks for those yang bg semangat kat aku, aku hargai sangat2..at least aku tau masih ada lagi insan yang sudi ambil berat masalah orang lain..masalah aku terutamanya la kan. memang kadang2 aku rasa tak adil bila terbeban dengan masalah macam ni, macam jatuh ditimpa tangga. mungkin ade hikmahnya tapi biasa la..bila ditimpa masalah tu mane ade orang cakap “oh bagusnya aku dapat maslah macam ni, bagi lah lagi. sukenye~~” sure takde la kan..cuma pada siapa2 yang ada masalah tu aku nak kongsi kan satu video dari youtube. mungkin korang pernah nampak atau dengar atau jugak tonton tapi aku nak berkongsi sebab aku rasa tenang lepas tengok dan dengar ceramah ustaz Asri. walaupun aku sedih tapi kesedihan tu sikit2 hilang, bukan terus tak fikir masalah tu..cuma aku dapat sedikit kekuatan bila fikir balik apa yang ustaz Asri cakap, Allah sentiasa ada dan semua yang terjadi mungkin yang terbaik untuk aku.

Firman Allah,

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka kepadanya.

Surah Al-Talaq. 65 : ayat 2 – 3




p/s : syukur alhamdulillah, akan selesai satu masalah.. =]

Monday, 27 June 2011

maafkan aku..

hari berganti hari
siang berganti malam
hanya aku tinggal dalam sepi
menanti dia segera kembali

aku tahu kesalahan diri
aku kesal kesilapan sendiri
namun aku hanya insan biasa
tak lepas dari dosa

bukan niat buat kau terluka
tidak terlintas mengabaikan perasaan
cuma aku terlalu bergantung segalanya
terlalu jujur pada kau

cukuplah menghukum aku
cukuplah jiwa aku terseksa
kebisuan kau membunuh senyumku
diam dan terus membisu

maafkan aku..

p/s : =[ sedihnye.

Thursday, 23 June 2011

dua tiga hari ni~


pandanglah aku dengan mata hati
ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa

ku ingin rasa ku masih bermakna
telah ku hafal tiap garis di wajahmu
telah ku kenal bahasa tubuhmu
bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini

p/s : mood tenggelam timbul~~

Thursday, 26 May 2011

wangsa maju to subang jaya

Oh! yeah~ teman2 kawan2 and readers..aku da dapat kerja huyehh~

actually for the time being aku kerja kat wangsa maju tapi esok last day..hihik, sebab kerja skrg ni personal assistance bos aku..seronok kerja dengan bos aku tu sebenarnya tapi aku suka kerja drafting..next week start kat subang..suka, gemuruh, ada rama-rama besau dalam perut aku..heheh. wish me luck.

today try buat kek batik @ biskut batik..tengah tunggu kek batik aku sejuk..huuhuhuu~ *ade perasaan tak sabar dan gedik sekarang. ngaaahahaha*


Sunday, 22 May 2011

it's always been my fault..

whatever..whenever or wherever it happen, it's always been my fault..

aku tau, ape je yg aku buat tak kan dapat nak menang hati siapa2. silap aku? ye, aku mengaku memang silap aku. tapi orang lain tak buat silap ke? kena hukum sbb kesilapan lepas. seronok ke?

orang lain buat silap sikit, kau buat silap banyak. so, orang pon susah nak percaya kat kau lagi. walaupun kau buat macam2 untuk menang hati orang lain tetap orang tak nampak. sebab kau memang bersalah dari dulu. buat la baik macam mana pun, tak tak ternampak dek orang lain. mesti kau fikir 'buat apa nak buat baik kalau macam tu' tapi aku tau kau msih percaya buat baik dibalas baik biar pun sebesar kuman. kau dah rasai pun situasi tu. kau kena sabar. memang susah nak please semua orang. ade orang cakap, 'dekat bau taik..jauh bau wangi..' mungkin betul la macam tu.

aku tau kau hanya nak dihargai, kau mungkin sedih sebab apa yg kau buat orang tak nampak, tak ada ucapan terima kasih pun. sbb kau mengharap sangat orang cakap macam tu, sbb tu kau rasa macam tu. kau kena ikhlas, jangan harapkan balasan atas apa yg kau dah buat. selalu la ingat yang Allah selalu bersama kau, Allah akan balas jugak setiap perbuatan baik kau tu. selalu ingat seseorang yg kau sayang pernah cakap 'tak apa, lama2 nanti die nampak dan akan balas budi baik tu' aku tau kau masih ikut cakap dia kan..teruskan..

p/s : kadang2 rasa sedih sampai air mata keluar tiba2..

Friday, 29 April 2011

entri ini tentang diri sendiri


ape yg selalu aku takutkan dah jadi
bila persahabatan dah tak jadi priority
masing2 dah tak kenal diri sendiri
ungkapan maaf dah tak ada erti

masalah kau bukan lagi masalah aku
segala yg baik dah nampak macam hantu
bahasa pun dah tak lagi macam dulu
macam itu ke bila dah tak sebulu?

luahan aku bukan nak tarik simpati
cuma ekspresi apa yg aku lalui
bila kau dan aku tak lagi memahami
pengorbanan aku kau buang ketepi

dulu kita saling berganding bahu
semua masalah kau aku bantu
walau tak selesai aku tetap disitu
sbb aku hargai persahabatan kita yg satu

aku tak pernah berkira ini dan itu
cukup kalau dihargai ape yg pernah aku buat dulu
bila duit jadi dinding disetiap penjuru
semuanya habis berkecai macam tu

aku bukan jenis pentingkan diri
mintak maaf walau bukan salah sendiri
mungkin tersalah kat situ atau kat sini
semoga dapat ape yg sama2 kita cari

p/s : tlg doakan aku dapat kerja cepat ye. thx u.
p/ss : kan bagus kalau aku kaye T_T amin.

Wednesday, 6 April 2011

sepah Vs madu

pernah dihakimi tanpa usul periksa?aku rasa ramai kot. mungkin dengan cara yang sakit atau secara tak sengaja, atau dengan cara yang paling sopan.

habis madu sepah dibuang, habis manis hampas dibuang..memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi jangan la sampai orang lain jadi mangsa keadaan tanpa ada usul periksa..itu lebih tidak memuaskan hati..kan? betul tak?bila susah ditagih, dah senang dibuang macam tisu jamban..takda ada apa2 kata, takda sebarang notis, keputusan dibuat hanya berdasarkan sebelah pihak..adil ka macam tu?


kadang2 kita rasa apa yg kita buat tu betul, kadang2 apa yg kita buat tu memang betul tapi kita rasa takut dan bersalah nak buat..rasanya takda susah mana pun nak cakap atau bgtau pada org yg kita anggap kawan selain dari bgtau dia "kau lebih tau" damn..ingat boleh baca fikiran org ke?baik tak payah cakap kalau macam tu..

sekurang2nya ingat la jasa baik dia bila nk buat macam tu, bak kata Amyzing Lorosiji @ teratai..
"when you want to be honored by others, you learn to honor them first"

Allah tu maha adil, kesalahan yg diada2kan lama2 tentu org akan tau jugak. masa tu terserah pada semua nak judge macam mana pulak kan..

p/s : what goes around comes around babe~~ *perasan tak bahasa aku sekarg agak formal? =D*

Saturday, 29 January 2011

mode : flowery~

hai sume. entry ni adelah tentang hati yang kena curik separuh. haha. sebab ape separuh? sebab tak bagi semua la. ekeke. sedang berkira-kira untuk mengisi kekosongan tempat duduk barisan hadapan.
~~~~~o~~~~~

ape yang aku taip kat atas tu tak sempat nak publish aritu. pentu pulak, sekarang da kene curik sume. ahaks. memang ade hikmah ape yang berlaku. yes. aku tak tau nak taip ape sebenarnye. sangat gembira tak terkata. akhirnya ade jugak kesudahan. *tarik nafas lega*

i've got a beautiful rainbow after the tsunami..the diff is, that rainbow won't dissapear..thx Allah~

p/s : dear rainbow, thx for everything..

Friday, 31 December 2010

b0olsheet.

klik gamba untuk tumbesaran.

itu ayat dari filem papadom. mungkin ta same tapi similar la. b0olsheet. yes memang sesuai gelaran tu untuk kau. kau ingat aku diam kau bole pijak2. aku pecaye kat kau, aku tak kisah macam mane gaye hidup kau sebab aku takde hak untuk tentukan kehidupan kau. aku terima kau seadanya, aku layan kau macam semua yang lain. ape yang kau buat aku tak pernah cerita ape2 pon kat sape2.

tapi bende yang aku dengar tadi betul2 buat aku rase kau ni memang tak sedar diuntung. chilake, tak sedar diri. aku bagi bunga, kau bagi taik kat aku. aku tak pernah berkire dengan kau.
kau memang sampai hati buat aku macam ni kan? ape kau ingat kau bagus sangat. takpe, bangkai gajah sampai bile bole sorok kan? kau tunggu la nasib kau. kau ingat dengan perangai kau yang tunjuk bagus tu orang akan pecaye ke. buat mase ni ye mungkin orang akan termakan ape yang kau cakap. kau bgtau sume yang kau bagus, kau cakap orang lain macam tula, macam nilah..sume tak betul, sume tak elok. kau ajela yang perfect. depan aku kau cakap potpet2 pasal minah tu, depan minah tu kau cakap plak potpet2 pasal aku.

aku memang panasss hati dengan kau wahai si mulot longkang. yang paling aku geram sangat kau bgtau hal peribadi aku kat orang yang aku hormat. eh, kau ni memang tak tau malu kan. aku rase jijik tengok muke kau, kau tau tak? jijik. orang kutip sampah tu lagi mulia dari kau.
aku nak tengok sampai bile kau mampu bertahan dengan strategi kipas kau tu. we'll see.

p/s : bikin gua panas, panasssssssss. fcuk.

Friday, 24 December 2010

what u give, u get back..yep, i got it..

semalam. kejadian semalam la yang buat aku rase macam ni. rase tak diperlukan, rase dibuang. ape yang buat die jadi macam tu. die buat aku takde semangat. sikit pon die tak peduli. sikit pon takde. sikit pon..kadang2 aku rase macam die nak balas dendam..betul ke macam tu??

p/s : penat, sangat penat macam ni.. =[

Monday, 13 December 2010

excidently menabrak bontot honda city

ye. aku janji..aku tau, ni nak cite la niha. haritu, ade la dalam dua minggu lepas. aku langgar bontot kete honda city. bukan diri atau batang tubuh aku la, kete myvi mak akuu..erm. aku mase tu baru baik demam, ecely tak baik betul lagi. mamai, tu yang jadi hentam bontot kete org. yela aku paham la sape tak marah kalo kete kene langgar, nak2 lagi kete baru plak kan. W.S.Y 8.8.9. baru kan. tapi tak payah la pangai pon macam cibai. aku bukan nak kutuk cha ya nun alip tu, tapi die macam bangang jek. die nak aku baya rm1000 mule2 tu. aku cakap, baya dulu. nanti aku bank in. die da ambik no hp aku, siap mintak no ic aku tau. aku bagi, cakap mulot je. tapi die siap mintak tengok ic aku, yg aku pon bengong time tu. aku bagi die tengok. die siap ambik gamba kete aku lagi, glemer kejap.

aku da nangis da lepas tu. rm1000 mane aku nak carik time tu dengan tak gaji lagi. tau2 pukul 11.30 cha ya nun alip tu call aku bgtau yang die nak aku bank in rm1070 before 12p.m. mane aku ade. aku da call org2 yang aku pecaye, diorg cakap buat je repot. so aku bgtau kat cha ya nun alip tu sile buat repot bcoz aku memang tak bole nak baya. aku mintak nombor plate kete die sebab aku ter-delete. tapi die tak bagi2 pon.

aku call ehem2. then die bgtau jalan ke IPD petaling jaya. aku tak tau la kenape mase tu emosi sangat. nangis gile2. mungkin pasal rm1000 tu kot. dan mungkin pasal pikir macam mane nak bgtau mak ayah aku. lame aku kat depan balai kelana jaya tu, nangis tak hingat. sebab aku mule2 buat repot kat situ tapi diorg cakap kena buat kat PJ. nasib baik ade ehem2 tolong tenangkan aku, die bgtau jalan.

aku sampai IPD petaling jaya, lame. tapi cha ya nun alip tu tak bagi2 lagi info kat aku. penat aku tunggu. da la aku demam time tu. geram gile. aku call die lagi skali, die cakap kejap. tak lame tu aku nampak kete die masuk kawasan IPD tu. aku ingatkan die nak samai sebab tu die cakap kejap. tapi korg tau ape? die masuk lepas tu dok cepat2 nak buat repot. vavi. aku nampak die kata dalam. da aku memang kat dalam tu sure la aku nampak die. aku call lagi, aku cakap nak info tu. die cakap ok2 then letak fon. pastu aku nampak die sambung balik buat repot tu. fcuk. aku bangun jalan g kat tempat die, aku cakap aku nak no kete die. petu die cakap aku kena isi borang dulu. aku lagi dulu sampai dari die. sengal. aku cakap aku da siap buat sume tu. pastu baru die bagi. tah hape2 tah.

sham datang lepas tu. ingat nak suruh die hanta balik. tapi kete die sape plak nak bawak balik kan. tula. konon tak nak mintak tolong. last2 skali call jugak. tepakse la aku sendiri bawak kete balik jugak. bawak 40km/j weh. da terhuyung hayang da kete tu, brape kali kena honk. sham banyak kali msg aku tanye katne, cakap drive elok2, fokus. yela, aku tak larat gile time tu. tapi akhirnye sampai rumah jugak la.



body kiri yang sememang da cedera, tambah lagi parah.


pandangan tepi kiri


patah sikit la.


no plat terkeluar sikit.


kecederaan dibahagian tepi kanan.


bonet depan yang kemek hentam bontot honda tu.

p/s : cha ya nun alip tu call aku haritu mintak no hp polis yang ambik repot kitorg, cakap dengan aku baik2 lembut2 la konon. jangan harap aku nak bagi. carik la sendiri.

Friday, 5 November 2010

thx u Allah

aku banyak hadapi dugaan, rintangan untuk bangkit semula. ade mase aku rase lemah sangat. rase macam sume ni tak adil untuk aku. teruk kan? tapi aku tak bole bohong, mmg tu yg aku rase. tapi sekarang aku sedar..

bak kate Zue Tahir : betul tue huda...sbb tue kita kena sentiasa bersyukur dgn ape saje pemberian dari Dia....

mmg betul, memang Allah da tentukan sesuatu musibah untuk diberikan kebaikan yg lain..sekarang aku faham. bila kite tak dapat apa yg kite nak, mesti ada keburukan yg kite tak tau, akan nampk kemudian hari..thx u Allah, for let me see this..

p/s : aku da dpt kerja baru. alhamdulillah. semoga Allah permudahkan jalan hidup aku. amin.

Friday, 29 October 2010

bercakap pasal hak

lama sungguh tak jenguk sini. kalau rumah tinggal da berhabuk bersawang da kot. tibe2 teringat sesuatu, kelakarnye bile org cakap pasal hak. tentang hak seseorang bercakap, hak untuk marah, hak untuk bersuka-ria, hak maki hamun org, hak untuk cemburu, *tak termasuk cemburu buta ok* semua org berhak bersuara. demokrasi la katekan. demokrasi dalam negara, dalam masyarakat, dalam keluarga, dalam hubungan sesama manusia. tapi sejauh mane demokrasi diamalkan. cakap mulot je tak gune. agak2 kalau diberi peluang apela yg korg nak demokrasikan tu eh? hehe, ape yg penting demokrasi kene ade tolak ansur..give and take kate org puteh..

bile cakap pasal hak, semestinye la kena adil..kalo tak, tak payah cite pasal hak..kalo tak adil tak layak lagi untuk bercakap pasal hak..hak untuk beristeri dua misalnye. kalo tak boleh nak adil macam mane nak tentukan hak isteri-isteri..itu yg da kawen, yg belum kawen pon ade hati nak beristeri dua..bercinta pon terkontang kanting lagi, sorg majok sorg buat pangai pon tak bole nak control, inikan pulak kawen..huh dasar lelaki mmg tak cukup sorg..itu nak cakap pasal hak..? pegi menoreh getah lagi baik la..dapat gak kumpul duit nak kawen..

kadang2 kita sombong..kita tamak dan kita tak sedar yg kita perlukan seseorang itu lebih daripada segalanya..bila dia hilang dari hidup kita baru la kita rasa sunyi..rasa tak lengkap bile die tak wujud depan kita. betul la org cakap, kadang2 seseorang tu perlu hilang dari pandangan mata kita untuk kita hargai dia..jgn sampai terlambat suda la, there's no turning back u know..

kawan aku cakap :
"akan sampai masenye nanti seseorg tu akan sedar siape yg penting dalam hidup die.."
aku kate :
"harap bile tiba masenye nanti semua masih belum terlambat.."

Sunday, 15 August 2010

kadang-kadang..

kadang-kadang orang yang kita sangka ambil berat tentang kita sebenarnye tak fikir ape pun tentang kita dan orang yang kita percaya adalah orang yang paling banyak menipu kita..

Sunday, 25 July 2010

bengang betul.

aku nak meng-test template aritu..tapi tah macam mane aku punye list blog kat tepi sume hilang. bengang betul. nasib baik aku follow sume yang listed. hadoi. akan ambik mase untuk add semula semua ye readers..

Thursday, 15 July 2010

i will always be there for you.

agak terkesan aku bile dapat mesej yang di-reply malam tadi. sedih sungguh. memang la aku ni kaki leleh. tapi malam tadi tak boleh leleh lebat, ramai orang. sakit hati pon ade tapi lebih kepada terkilan campur sedih. leleh la jugak beberapa drop tapi cepat2 cover dengan sweater konon2 mengantuk la. mungkin bukan aku sorang yang alami bende ni tapi pada aku sangat tak patot la kan. takde ke terdetik sikit rase kat hati tu agaknye. mungkin jadi ape2 ke nanti. nothing impossible. aku harap aku tak macam tu kemudian hari. i hope when the day's come, i will always be there for them.