Showing posts with label potpet2. Show all posts
Showing posts with label potpet2. Show all posts

Friday, 31 December 2010

b0olsheet.

klik gamba untuk tumbesaran.

itu ayat dari filem papadom. mungkin ta same tapi similar la. b0olsheet. yes memang sesuai gelaran tu untuk kau. kau ingat aku diam kau bole pijak2. aku pecaye kat kau, aku tak kisah macam mane gaye hidup kau sebab aku takde hak untuk tentukan kehidupan kau. aku terima kau seadanya, aku layan kau macam semua yang lain. ape yang kau buat aku tak pernah cerita ape2 pon kat sape2.

tapi bende yang aku dengar tadi betul2 buat aku rase kau ni memang tak sedar diuntung. chilake, tak sedar diri. aku bagi bunga, kau bagi taik kat aku. aku tak pernah berkire dengan kau.
kau memang sampai hati buat aku macam ni kan? ape kau ingat kau bagus sangat. takpe, bangkai gajah sampai bile bole sorok kan? kau tunggu la nasib kau. kau ingat dengan perangai kau yang tunjuk bagus tu orang akan pecaye ke. buat mase ni ye mungkin orang akan termakan ape yang kau cakap. kau bgtau sume yang kau bagus, kau cakap orang lain macam tula, macam nilah..sume tak betul, sume tak elok. kau ajela yang perfect. depan aku kau cakap potpet2 pasal minah tu, depan minah tu kau cakap plak potpet2 pasal aku.

aku memang panasss hati dengan kau wahai si mulot longkang. yang paling aku geram sangat kau bgtau hal peribadi aku kat orang yang aku hormat. eh, kau ni memang tak tau malu kan. aku rase jijik tengok muke kau, kau tau tak? jijik. orang kutip sampah tu lagi mulia dari kau.
aku nak tengok sampai bile kau mampu bertahan dengan strategi kipas kau tu. we'll see.

p/s : bikin gua panas, panasssssssss. fcuk.

Monday, 13 December 2010

excidently menabrak bontot honda city

ye. aku janji..aku tau, ni nak cite la niha. haritu, ade la dalam dua minggu lepas. aku langgar bontot kete honda city. bukan diri atau batang tubuh aku la, kete myvi mak akuu..erm. aku mase tu baru baik demam, ecely tak baik betul lagi. mamai, tu yang jadi hentam bontot kete org. yela aku paham la sape tak marah kalo kete kene langgar, nak2 lagi kete baru plak kan. W.S.Y 8.8.9. baru kan. tapi tak payah la pangai pon macam cibai. aku bukan nak kutuk cha ya nun alip tu, tapi die macam bangang jek. die nak aku baya rm1000 mule2 tu. aku cakap, baya dulu. nanti aku bank in. die da ambik no hp aku, siap mintak no ic aku tau. aku bagi, cakap mulot je. tapi die siap mintak tengok ic aku, yg aku pon bengong time tu. aku bagi die tengok. die siap ambik gamba kete aku lagi, glemer kejap.

aku da nangis da lepas tu. rm1000 mane aku nak carik time tu dengan tak gaji lagi. tau2 pukul 11.30 cha ya nun alip tu call aku bgtau yang die nak aku bank in rm1070 before 12p.m. mane aku ade. aku da call org2 yang aku pecaye, diorg cakap buat je repot. so aku bgtau kat cha ya nun alip tu sile buat repot bcoz aku memang tak bole nak baya. aku mintak nombor plate kete die sebab aku ter-delete. tapi die tak bagi2 pon.

aku call ehem2. then die bgtau jalan ke IPD petaling jaya. aku tak tau la kenape mase tu emosi sangat. nangis gile2. mungkin pasal rm1000 tu kot. dan mungkin pasal pikir macam mane nak bgtau mak ayah aku. lame aku kat depan balai kelana jaya tu, nangis tak hingat. sebab aku mule2 buat repot kat situ tapi diorg cakap kena buat kat PJ. nasib baik ade ehem2 tolong tenangkan aku, die bgtau jalan.

aku sampai IPD petaling jaya, lame. tapi cha ya nun alip tu tak bagi2 lagi info kat aku. penat aku tunggu. da la aku demam time tu. geram gile. aku call die lagi skali, die cakap kejap. tak lame tu aku nampak kete die masuk kawasan IPD tu. aku ingatkan die nak samai sebab tu die cakap kejap. tapi korg tau ape? die masuk lepas tu dok cepat2 nak buat repot. vavi. aku nampak die kata dalam. da aku memang kat dalam tu sure la aku nampak die. aku call lagi, aku cakap nak info tu. die cakap ok2 then letak fon. pastu aku nampak die sambung balik buat repot tu. fcuk. aku bangun jalan g kat tempat die, aku cakap aku nak no kete die. petu die cakap aku kena isi borang dulu. aku lagi dulu sampai dari die. sengal. aku cakap aku da siap buat sume tu. pastu baru die bagi. tah hape2 tah.

sham datang lepas tu. ingat nak suruh die hanta balik. tapi kete die sape plak nak bawak balik kan. tula. konon tak nak mintak tolong. last2 skali call jugak. tepakse la aku sendiri bawak kete balik jugak. bawak 40km/j weh. da terhuyung hayang da kete tu, brape kali kena honk. sham banyak kali msg aku tanye katne, cakap drive elok2, fokus. yela, aku tak larat gile time tu. tapi akhirnye sampai rumah jugak la.



body kiri yang sememang da cedera, tambah lagi parah.


pandangan tepi kiri


patah sikit la.


no plat terkeluar sikit.


kecederaan dibahagian tepi kanan.


bonet depan yang kemek hentam bontot honda tu.

p/s : cha ya nun alip tu call aku haritu mintak no hp polis yang ambik repot kitorg, cakap dengan aku baik2 lembut2 la konon. jangan harap aku nak bagi. carik la sendiri.

Saturday, 11 December 2010

jadi burung hantu

ok aku tau aku janji next post tentang ecident tp aku just nak bgtau aku tengah buat bunga telor, hantaran minggu ni. jadi aku agak busy sikit, dah 1 hari jadi burung hantu, tak tido. malam tadi pon aku tido dua jam je. bukan malam pon, 5 pagi. hehe. weekend ni duduk kedai. tolong kawan aku wedding planner, sambil2 cari duit lebih. almaklumlah, isnin depan aku last keje kat kelana jaya tu. kontrak da habis. ok nanti aku opload pic kerja2 yang aku buat. ok daa..encik tandas da panggil..huhu

p/s : time ni pulak die nak menabung amanah saham mr tan. =P

Friday, 5 November 2010

thx u Allah

aku banyak hadapi dugaan, rintangan untuk bangkit semula. ade mase aku rase lemah sangat. rase macam sume ni tak adil untuk aku. teruk kan? tapi aku tak bole bohong, mmg tu yg aku rase. tapi sekarang aku sedar..

bak kate Zue Tahir : betul tue huda...sbb tue kita kena sentiasa bersyukur dgn ape saje pemberian dari Dia....

mmg betul, memang Allah da tentukan sesuatu musibah untuk diberikan kebaikan yg lain..sekarang aku faham. bila kite tak dapat apa yg kite nak, mesti ada keburukan yg kite tak tau, akan nampk kemudian hari..thx u Allah, for let me see this..

p/s : aku da dpt kerja baru. alhamdulillah. semoga Allah permudahkan jalan hidup aku. amin.

Sunday, 15 August 2010

kadang-kadang..

kadang-kadang orang yang kita sangka ambil berat tentang kita sebenarnye tak fikir ape pun tentang kita dan orang yang kita percaya adalah orang yang paling banyak menipu kita..

Thursday, 15 July 2010

i will always be there for you.

agak terkesan aku bile dapat mesej yang di-reply malam tadi. sedih sungguh. memang la aku ni kaki leleh. tapi malam tadi tak boleh leleh lebat, ramai orang. sakit hati pon ade tapi lebih kepada terkilan campur sedih. leleh la jugak beberapa drop tapi cepat2 cover dengan sweater konon2 mengantuk la. mungkin bukan aku sorang yang alami bende ni tapi pada aku sangat tak patot la kan. takde ke terdetik sikit rase kat hati tu agaknye. mungkin jadi ape2 ke nanti. nothing impossible. aku harap aku tak macam tu kemudian hari. i hope when the day's come, i will always be there for them.

Monday, 28 June 2010

un-tick draft

aku baru je bole online semula kat ofis. tu pon sebab aku tuka setting draft untuk publish pada mase suke2. bile dah tak tick mende tu baru ok. tapi yang aku nampak dari observation aku, aku hanya tak bole taip ape2 pada certain pc je. tak paham aku. tapi yang pasti bile dah un-tick draft publish ok pulak. ade ape2 setting yang buat die jadi unavailable kot. i will figure it out later. kalo ade sape2 yang tau tu sile la bgtau eh. tata.

Thursday, 8 April 2010

cinta pilihan. lelaki muda atau perempuan tua..?

korg pernah bercinta?pernah bercinta dengan org yg lebih muda..kalo bagi lelaki pekara tu tak pelik la kan..tapi lain pulak bagi perempuan..mgkin ade yg tak kisah tapi berape peratus je yg tak kisah tu..walopun pada zaman skrg, zaman yg serba maju ni, tetap ade org yg rase pelik bila perempuan bercinta dengan lelaki yg jauh lebih muda.

aku pernah jugak. once. empat tahun jarak usia tak menjadi penghalang hubungan kitorg, cuma ..yelah, mgkin ade sebab bile org tak bagi bercinta dengan lelaki yg jauh lebih muda. ade org cakap lelaki belum cukup matang bila bercinta dengan perempuan berusia. secara saintifik pon perempuan dua tahun lebih matang dari lelaki yg sebaya. mgkin jugak, sebab hubungan kami tak kekal. mgkin disebabkan kami masing2 tak matang mase tu, yela darah muda~. tapi pada aku, tak semestinya umur jadi ukuran. ade je lelaki yg umur da dua kali umur aku tapi masih tak matang bile berhadapan dengan masalah. perangai macam budak2, dan handle probs dengan cara yg tak cool langsung. so, umur je tak cukup untuk dijadikan ukuran. ade jugak lelaki yg umur separuh dari umur aku tapi da matang dan berfikiran jauh. haa..ade kan..kan..

tapi dari ape yg aku nampak, bahagia je org2 yg bercinta dan kawen lelaki muda nih *mgkin tak semua lah, yg depan mate aku je ok*. dan aku rase lelaki akan jadi lebih matang kot. lelaki ade ego tersendiri begitu jugak perempuan. bagi aku, lelaki yg pilih perempuan berusia ni lebih berani dari sesetengah org yg takut nak buat pilihan. at least die ade pendirian and he knows what he want kan. tak macam sesetengah lelaki yg hanya pandai cakap tapi bile berhadapan tak reti nak buat ape. so, muda atau tua. hensem atau hodoh. u choose..

Sunday, 24 January 2010

('_') (!_!) (-_-)

Aku belum pernah lagi macam tu bile kau perlukan aku. Tiap kali kau ade masalah aku akan cuba jadi pendengar yang baik walopun aku tak bole nak selesaikan. for all this while aku sedaya upaya berusaha cari jalan keluar untuk kau walopun tak jumpa tapi ape yang kau buat sekarang, buat aku rase yang aku hanya mengganggu kau. hanya membebankan kepala otak kau. mungkin kau tengah sibuk dengan kerja tapi aku hanya nak ambik mase sikit untuk kau dengar masalah aku, tolong tenangkan aku dan legakan hati aku. kalo ape yang aku mintak terlalu banyak bagi kau, aku mintak maaf. seriously aku terkilan, bile aku perlukan kau..kau tak bole tenangkan aku. ye mungkin betul cakap kau. aku perlu buat keputusan sendiri. cuma aku fikir, aku hidup kat dunia ni atas ihsan mak ayah aku. aku pernah lukakan hati diorg dan kalo bole aku tak nak pekara tu berulang. kau tau segala2nya. aku hanya manusia biase. aku hanya perlukan seseorang yang bole kongsi kesusahan dan kesenangan aku..

p/s : maafkan aku ( _")

Thursday, 14 January 2010

picture speak more than words




ade gak word dalam pic tuh..bole pakai ke tajuk tu eh..?
tibai jek..memang pic pon kan..janji korg paham suda..

Tuesday, 22 December 2009

train vs bus [lelaki suke ambik kesempatan]

tadi dalam lrt mase nak balik keje. ade indon mane tah. duduk sebelah aku. mule2 die duduk tu aku da tak selesa sbb rapat sangat. aku jarakkan sikit supaya tak bersentuhan. ehhh makin rapat plak. 1st time, aku perhatikan lagi..mane la tau kot2 sbb lrt tu break ke die terdorong kearah aku kan. aku jauhkan lagi kedudukan aku dari die. aku tengok kaki die makin rapat jugak. aku malas nak kecoh2 dalam lrt tu, aku silangkan kaki supaya peha aku dengan die tak bersentuh dan korg pon bole agak jauh mane jarak antara passenger sebelah menyebelah kalo kite silangkan kaki. tapi mamat indon yg tak sedar diri tu lebarkan kangkang die, nak rapatkan peha die dengan aku jugak. mmg shial. dah la menumpang je kat mesia ni. bole plak nak take advantage. aku pandang die buat bodo jek. hati da panas gile. sampai kat kg baru aku cpt2 bangun nak keluar dari train. mamat tu pon tergesa2 nak bangun jugak. chibai betul. aku tengok die nak keluar, aku tak jadi la keluar. aku diri jela sampai terminal putra. tapi tak kisah, asalkan tak kena dengan org macam tu.

sebelum ni aku penah kena macam ni kat dalam bas. dari tanah merah ke kl. bayangkan jela..duduk dengan mamat kelantan yg suke ambik kesempatan. macam tadi tu jugak lah. kebetulan plak aku duduk sebelah tingkap, bahagian dalam. eh tak, sebenarnye aku bukan duduk sebelah tingkap tapi sbb sejuk *mase tu aircond die takde cover* mamat tu offer aku duduk dalam. aku igtkan baik lah. rupe2nye baik ada makna! cis. kalo hensem takpe la jugak. *bahaha =P* mase die turun makan aku ambik plastik dalam beg, aku sumbat kat aircond tu. pastu aku duduk kat tempat aku balik. mase aku nak turun bas, mamat tu mintak maaf dengan aku. heh. kalo die tak salah buat ape nak mintak maaf kan. sah2 la mmg ko nak ambik kesempatan. laki2 skrg ni takle caye sangat. baik sbb nak ambik kesempatan je. tapi bukan sume. aku tau ade antara korg2 yg kat luar tu marah aku cakap laki cetu. tapi ape bole buat. korg yg menunjukkan ketidakmatangan dan kegersangan korg. patotnye laki2 yg bimbing ppuan. renung2kan dan selamat beramal~

p/s : ini bukan cobaan, ini betul2 kejadian ok.

Monday, 7 December 2009

kenape?

kenape kau bole buat maca tu tapi aku tak bole?
kenape kau senang je nak buat kesimpulan?
kenape kau macam ambik mudah?
kenape kau macam tu?
kenape semua macam tak peting bagi kau?
kenape kau buat2 tak tau?
kenape aku perlu fikirkan kau?
kenape aku nak emosi plak nih?
kenape aku rase tak selesa?
kenape dia macam seronok je eh?
kenape aku kisah kalo die seronok atau tak?
kenape aku membebel ni?
kenape aku tak biarkan saje?

sebab die bessssssssssssssst..lah sangat kan..

Sunday, 6 December 2009

Tag 6 [oleh cik orenlili]

aku hutang tag ni da lame gile..sorry cik yana..hehehe sile lah bace =D


1. Bekas kekasih saya adalah :
saya tak suke bercerita, ingat balik tentang bekas kekasih saya. *GTH*

2. Saya sedang mendengar :
berita di tv3 walopun berada lebih dari 20 langkah dari tv. hebatkan telinga saya? *naik tangga laaa..hehe*

3. Mungkin saya patut:
buang perasaan saya terhadap dia..

4. Saya suka :
berangan. haha.
duit ofkos. korg pon suke kan? =D
jalan2 cari pasal. kendian2 pon sure carik makan jugak kn..hee

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adelah sahabat saya dunia dan akhirat..

6.Saya tak paham :
kenape org suke ambik kesempatan atas kebaikan org lain..

7.Saya kehilangan :
kerja, kepercayaan org terhadap saya, kawan *saya harap saya hilang ingatan..sobs*

8.Ramai yang berkata :
sabarlah..

9.Makna nama saya :
Nurulhuda - cahaya petunjuk
sebenarnya kate ustad saya, dalam bahase arab nama nurulhuda adelah untuk lelaki..nama untuk ppuan nurul hidayah. tapi bagi saya same je..hee

10.Cinta itu adalah :
perasaan yang wajib ade dalam diri seorang manusia..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
main game sambil tengok iklan tv3 yang da 15min tak berhenti lagi *ayah saye haha*

12.Saya akan cuba :
terima segalanya dengan tabah, berani, sabar.. *kalo bole la kan*

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever..?hik

14.Telefon bimbit saya :
adelah telefon nokia yang paling murah abad ini..huhu

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan buka mate lah..haha

16.Saya paling meluat apabila :
jumpa dengan org yng suke cakap BESAR

17.Pesta/Parti adalah :
sesuatu aktiviti yang bole buat org release tension mungkin..

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
erm..saya rase anak kucing saye yang paling comel

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
entah..kurg pasti..tapi rasenye time study kot..sbb time tu tak pk ape..main je banyk..hihi

20.Hari ini :
saya masih tak bole lupekan perkara terBESAR, terburuk yang pernah terjadi sepanjang hidup saya..yang menyebabkan saya mengambil tindakan yang paling bodoh dalam hidup saya..

21.Malam ini saya akan :
makan roti dengan kuah durian yang mama dan saya buat tadi..huhu sedap!

22.Esok pula saya akan :
call company kat kelana jaya tu untuk confirmation tentang gaji dan tarikh saya mula bekerja..

23.Saya betul-betul inginkan :
semuanya kembali seperti dulu..tapi tak mungkin..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya sedar saya perlu cuci rambut saya yang da dua hari tak basuh..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
dua2 best..tapi kadang2 playing tak perlukan duit..hihi

26.Makanan Barat atau Jepun :
saya makan je dua2..tak kisah asalkan sedap untuk tekak..*tu pasal badan cenggini hihi*

27.Bilik yang terang atau gelap:
saya prefer terang disiang hari..malam pon kalo gelap nak nampak cane kan..tido ofkos kena gelap! *saye takot gelap*

28.Makanan segera adalah :
good cholesterol..good diabetes..sume2 yg kearah kiOk +_+  tu lah..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
tak ingat lahh..oh da ingat. tadi mama tanye da sembahyang maghrib ke belum dan saya jawab 'belum' hehe

30.Siapa yang anda nak Tag?
taknak tag sape2..haha

Friday, 4 December 2009

so tak pat la..

rase macam malas plak nak update blog. bukan2..takde topik nak dikupas..err yeke..ok tipu..sebenarnye skrg ni tengah addicted dengan game kat fb tuh..ade org ckp 'mukabuku' ade org taip 'fesbuk' ape pon same je kan..erm tapi tadi baru je pegi 2nd interview..and as i thought mmg aku dapat kerja tu. *so tak pat la nak online selalu..bahaha yg tu plak pikir, sengal* project admin and backup drafting. alhamdulillah..penat da carik kerja weh. bak kate kawan aku 'bile u kene terminate ni macam persatuan drafter seMalaysia tau u kene buang then taknak ambik u' huhu..betul ke? hurm..sebenarnye tu rezeki masing2 kan..susah nak carik kerja sebenarnye, yang ni pon recommendation from my friend untuk previous position die sbb die dpt offer gov.

acctually i've got two job offer..one of it i da terangkn kat atas tu..and another one, call center for streamyx..tapi looks like my auntie tak brape suke aku kerja tu..die kerja telekom, so for sure die tau condition org yang kerja call center tu..aku tak kisah sebenarnye. cuma die lah..nanti die bgtau mak aku plak..karang dua2 bising..tapi gaji masyuk..erm..takpe2..nanti aku try part time..hihihi..

doakan yg terbaik untuk aku dan kamu semua..trimas =]

Friday, 4 September 2009

Kongsi in english is share

hehe tajuk takde kene mngena dengan entry. ape perasaan korang bile dengar lagu ni? mungkin takde ape2 mungkin korg rase ape yang aku rase..aku cuma nak berkongsi perasaan melalu lagu ni..mungkin korg pon bole buat macam ni bile korg tak tau cara untuk luahkan perasaan korg kat seseorg..so enjoy yourself guys..


Kosong by Dewa 

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Thursday, 3 September 2009

Fokus vs Perasan

Pernah tak korg alami situasi bile seseorang bercakap tapi korg tak fokus..dan bile org tu bercerita balik korg respon exacly macam baru tau pekara yang diceritakan dan org yang bercerita tu mungkin akan terasa hati sebab korg tak fokus ape yang die cakapkan. dan selame ni korg hanya buat die perasan yang korg selalu dengar ape yang die cakap. die perasan yang korg fokus, ambik berat dan teliti dengan setiap kata2 die. mungkin lepas ni die tak kan bercerita lagi dengan korg, atau die akan berhati2 bile bercerita dengan korg. which means die hanya cerita yang betul2 penting je. sebab pada die korg hanya fokus pekara2 penting je. bile berada dalam keadaan macam tu ape yang korg akan buat?

Sunday, 30 August 2009

korban kasih




jangan kata sayang jika kita tak maksudkan..
jangan beri harapan jika kita tidak mahu melukakan..

tapi mampukah kita menghalang perasaan yang datang tiba2..

perlukah kita buang perasaan yang terbit dalam hati..
haruskah kita pergi dan melupakannya..

biarkan dia bahagia..
kerana kebahagiannya adalah kebahagiaan kita..


p/s : selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52