Pengecualian catuan air hanya diberikan kepada pengguna yang mendapat
kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) sahaja.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini
berkata, berkata golongan yang tidak terlibat dengan catuan bekalan air
itu disenaraikan semula ialah pusat dailisis, hospital kerajaan dan
swasta, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Selain itu, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pusat
pentadbiran kerajaan negeri Selangor, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan
Stesyen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar turut tersenarai
dalam kategori pengguna yang dikecualikan dari catuan air.
Kenyataan itu juga berkata pengguna di kawasan Hulu Langat, Kuala
Langat dan Sepang juga tidak terlibat dengan pelan catuan bekalan air
peringkat pertama kerana mereka tidak menerima bekalan air dari Loji
Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang tercemar
akibat kandungan ammonia dalam Sungai Langat.
"Walaupun mereka tinggal berhampiran dengan pengguna yang menerima
bekalan air dari kedua-dua loji itu namun saluran bekalan air terawat
bagi kawasan itu bukanlah dari sumber Sungai Langat," katanya.
Begitu juga bagi sesetengah pengguna kawasan Gombak, Kuala Lumpur,
Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat,
Hulu Langat dan Sepang yang tidak menerima bekalan air dari sumber air
mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates turut
tidak terlibat dengan pelan catuan peringkat ketiga dan keempat.
Pelan catuan air masih diteruskan atas arahan kerajaan Negeri Selangor
dengan kelulusan Span walaupun hujan telah turun di kebanyakan kawasan.
"Pihak Syabas berkeyakinan bahawa keputusan yang dibuat itu tertakluk
kepada keadaan takungan di empangan dan juga kadar pencemaran di Sungai
Langat di mana paras kandungan ammonia masih tidak menentu," kata
kenyataan itu.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkenaan pelan catuan bekalan
air, pengguna boleh melayari laman web Syabas www.syabas.com.my. –
Bernama, 9 April, 2014.
-The Malaysian Insider
Wednesday, 9 April 2014
Monday, 7 April 2014
Awak..
Saya nak jaga makan pakai awak..
Saya nak jatuh cinta dengan awak setiap hari..
Saya nak rindukan awak setiap kali awak keluar bekerja..
Saya nak rasa selamat bila bersama awak..
Saya nak jadi semangat awak..
Saya nak jadi yg terbaik buat awak..
Saya nak setiap hari kita di isi dengan sesuatu yg tak akan kita lupa..
Saya nak senyuman awak menghiasi hari-hari saya..
Saya nak awak sentiasa berbangga dengan saya..
Saya nak awak tegur kesilapan saya..
Saya nak awak terima saya seadanya..
Saya nak jatuh cinta dengan awak setiap hari..
Saya nak rindukan awak setiap kali awak keluar bekerja..
Saya nak rasa selamat bila bersama awak..
Saya nak jadi semangat awak..
Saya nak jadi yg terbaik buat awak..
Saya nak setiap hari kita di isi dengan sesuatu yg tak akan kita lupa..
Saya nak senyuman awak menghiasi hari-hari saya..
Saya nak awak sentiasa berbangga dengan saya..
Saya nak awak tegur kesilapan saya..
Saya nak awak terima saya seadanya..
Sudi tak..awak kahwin dengan saya?
Saya mungkin tak kenal awak,
Awak juga mungkin tak kenal saya..
Tapi mungkin juga kita saling mengenali..
Siapa awak, siapa saya..itu tak penting.
Semoga awak tenang.
Semoga Allah satukan hati kita.
Semoga Allah beri petunjuk kepada kita.
Semoga kita redha dengan ketentuan-Nya.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)