Ini sebenarnya konon nak lukis taylor swift tapi jadi toylor swoft. Haha.
Tuesday, 26 March 2013
Monday, 31 December 2012
Selamat datang 2013
Rasa macam sekejap pulak dari 31.12.2012 ke 1.1.2013.
Banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012..
Semua tu buat aku jadi lebih matang dan tabah..
Lebih pengertian tetang kawan, lawan..
Lebih mengenali kawan ketika busuk masam..
Suatu masa aku pernah fikir, kenapa aku?
Kenapa aku yg perlu hadapi semua tu..
Aku faham, semua tu ketentuan Allah..
Tapi aku manusia biasa yang memang selalu silap..
Silap memilih..
Silap buat keputusan..
Silap menghakimi seseorang..
Silap dalam mengatur..
Semuanyalah..
Tapi aku bersyukur.
Masih ada yang faham aku..
Masih ada yang sayangkan aku..
Masih ada yang sanggup bagi aku peluang..
Untuk semua itu. Terima kasih.
Terima kasih kerana menyedarkan aku..
Terima kasih kerana masih disisi aku..
Terima kasih kerana mampu tersenyum walaupun aku mengecewakan kalian..
Dan maaf jika aku masih belum mampu membahagiakan kalian..
Aku doakan kita mampu mencapai apa yang kita idamkan..tabah hadapi dugaan seterusnya.
Amin.
Sunday, 30 December 2012
Belajar untuk salahkan diri sendiri
belajar la jgn salah kan org.
awk kecewa salahkan diri sendiri jelah.
bila dah start salahkan diri baru awk belajar betulkan diri sendiri.
bila dah betulkan diri sendiri, baru masalah yg biasa buat tak buat dah.
setiap kali perbuatan. kena pk. apa yg kena buat.
nak keluar rumah, sbb tak ada kunci, buka kunci pagar dulu, masuk simpan. baru kunci pintu.
tahu salah tapi tak betulkan.
dah tahu kunci hilang tak duplicate.
awk salahkan jgk mereka.
Monday, 12 November 2012
Big Thrill
Sky trex buat pertama kali bikin aku kaget dan cuak bila menyeberang tali diantara dua batang pokok. buat kali pertama aku menjerit dalam hati nak balik! dalam hati je, kat luar aku cakap jugak mueheheh. kali pertama aku terus terang mengeluh bila buat aktiviti lasak.
Bila balik rumah cerita dengan mama ayah, rupa-rupanya mama kata aku memang gayat. Patut la aku ketaq lutut bila naik tempat tinggi.
Ok. Aku kena mengaku memang gayat, tapi selalunya gayat aku tertinggal kat tengah-tengah aktiviti bila mula rasa syiok kat situ. Kalau aku masih gayat pun selalunya aku masih boleh kawal tapi sky trex ni agak keterlaluan gayat aku.
Baru big thrill, belum extreme lagikk heheh. Ruginya sebab takde sijil atau bukti yang kita dah naik sampai habis.
Tiba-tiba ayah buka cerita pasal kapal yang kitorang pernah naik masa pergi singapura. Kapal tu memang besar, macam real. Pernah tengok/naik permainan kapal outdoor dekat genting tu? Ha lebih kurang macam tu la tapi singapura punya masa tu tinggi dan besar gila.
Lepas tu masa dia turun tu..fuhh fuhh fuuuhhhhh rasa jantung dah kat luar dah..sudah tu dia hayun lama pulak tu..nasib baik aku tak terkucil ke ape ke. End up aku duduk dekat kaki ayah. Serius aku memang cuak sangat la time tu.
Tapi mama kata dah takde dah..masa tu singapura banyak tanah lagi..
Next time kalau ada kelapangan lagi aku nak try big trill sekali lagi, insyaAllah extreme jugak. ^^
Tuesday, 23 October 2012
Cornflakes Madu
harini nak kongsi resepi kuih raya, tak berapa nak kuih sangat la sebab cornflakes je. ye, kita buat cornflakes madu. resepi ni aku dapat dari blogger Raihanna atau lebih senang dipanggil Rai.kagum dengan Rai ni tau, student medic belajar kat moscow tapi minat dalam bidang masakan. dan dia sangat-sangat berbakat.
sebenarnya cuba resepi ni dua tahun lepas, jadi tau~! (^_^) hehe cuba bayangkan rasa seronok tak terhingga dia tu sebab 1st time buat terus jadi. rupa-rupanya senang je nak buat dia. tak percaya? jom.
250 gram cornflakes
2 sudu besar madu
kacang tanah & badam yang ditumbuk kasar (boleh juga tambah kismis/ceri/cashew nut kalau suka)
3 sudu besar golden syrup (brand Nur)
50 gram/1 senduk gula pasir
1 senduk marjerin
choc rice/manik warna warni/ceri sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya
Cara-cara membuatnya :
2. panaskan bahan-bahan di atas dengan api yang sederhana sehingga larut kesemuanya. Tutup api.
3. ramaskan cornflakes dengan kacang & badam di dalam satu bekas.
4. curahkan campuran yang masih panas tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes dan kacang tanah & badam tadi..gaul rata sehingga sebati.
5. masukkan cornflakes madu ke dalam acuan kertas menggunakan sudu.
6. hias mengikut kreativiti masing-masing, aku guna chocolate rice
7. bakar di dalam ketuhar bersuhu 160 celsius selama 5-8minit.
8. selepas dibakar, biarkan sejuk pada suhu bilik sebab ia akan mengeras dengan sendiri.
jangan lupa singgah blog Rai ye, she got plenty of recipes. banyak sangat!



