Thursday 26 April 2012

percubaan pertama

harini aku cuba tutorial mata perempuan oleh dani.

ini dani punya yang cun melecun tu..

picture aku dah remove due to permintaan tuan empunya blog. *padahal tak mintak izin lagi, takut lettew* takpe, boleh klik sini untuk tengok pic yang dani buat sekali dengan tutorial dia sekali yek.

ini aku punya. tadaaaa...




p/s : dani, aku tak pandai la shades lebih-lebih. (-_-")

Tuesday 24 April 2012

testing my new eyelights pencil

guardian sedang langsungkan gualan penghabisan stok aku rasa. kat tingkat 1, 1st Mall Subang. tempat lain saya tak tau ye. tula siapa suruh jual mahal-mahal. hehe. akhirnya kena jual murah jugak kan kan kan. hik.

sempat la aku sauk sikit. eh, beli ok. harini try yang ni.

 Silky Girl | Funky Eyelights Pencil | Olive Green

 kulihat hijauuu~ 

 funky dok? comey dok? ye tau saya comey ^__^ 
*ye saya tau anda nak muntah, muntah lah (-_-")*


Friday 20 April 2012

keluarga telur yokies

main hashtag #AkuRindu90s kat twitter. tiba-tiba ada sorang perempuan cantik ni @xuriatee dia mention pasal Yokies. ala cerita katun telur dulu tu. ingat tak, ingat tak? meh recall balik. 


taraaaaaa!!!


comel kan??? =P

aku suka gila tengok cerita ni. paling ingat iklan dia, "Tahan, tahan, biar papa pegangg" lebih kurang kot macam tu. tapi aku punya la excited sampai cari kat youtube. haha. gila kan? sampai ade sorang terjebak jugak bila xuri dok tanya kat timeline. @ChadRazak . tapi kecewa sebab tak jumpa walau satu video pun. hampa, hampa. (-_-")

tapi aku gagahkan jugak cari lagi. akhirnya jumpa la jugak, tapi jumpa watak2 keluarga yokies je. ok la dari takde kan. jom aku kenalkan. (^__^)

 MAMA YOKIES

 EGIE

EGOF

 EVIRA


PAPA yokies takde, adik EGOF yang satu lagi pakai baju turquoise tu pun takde. tak jumpa la. nak je pegi RTM mintak diorang mainkan semula katun ni. hihik.


p/s : masih berusaha cari lagu tema Yokies. hik


Thursday 19 April 2012

getah rambut babi???

oook, minggu lepas aku balik kampung. mama ternampak getah rambut aku hok yang belit-belit tu. katanya macam dalam email, email apa? email dulu kala. aku pun tak berapa nak ingat dah sebenarnya. tengok jela gambar kat bawah ni. mungkin boleh kembalikan ingatan korang yang masih fresh. mula-mula aku ingat kan betul-betul kulit babi tapi bila google banyak yang bagitau rupanya kondom. kalau yang baru takpe, ini yang dah guna. pfttt. gelik woi.








seee???


getah rambut aku memang sebijik sejibik dengan rupa gambar first tu. luaran jela. kat dalam tak sama pun. aku balik, aku tengok sendiri apa ada dalam getah tu. lain sangat. haih.

yang kat bawah ni getah rambut yang aku beli.

|
|
|
\/





sama ke? dah tentu lah tidak. hurm. nasib aku tak buang semua getah tu. pokai woo. sedap guna. 
so lain kali periksan dulu sendiri punya. PERIKSAN? pon boleh hudaaa.


Wednesday 18 April 2012

semoga selamat

mama bakal jalani pembedahan tairod esok di gleneagles hospital. doakan mama selamat. amin. mama kuatkan semangat ye. kakak sayang mama.




Monday 9 April 2012

kejadian itu

kejadian tu hari ahad on the way balik kl dari segamat singgah R&R seremban untuk solat, dalam surau pun boleh kena ragut beg tangan woi. anak duduk sebelah mak yang tengah solat. datang sorg perempuan cakap kat budak tu..
"adik, tengok mama solat kejap."
terus die ambik beg tu bawak lari. lepas solat, mak tanya kenapa adik duduk dekat pintu. dia pon jawab la..
"orang tu bawak lari beg tangan mak"
tak memasal pulak budak tu kena marah dengan mak dia. budak sekolah rendah. kesian sampai kena pukul. *bukan salah dia makcik*. budak tu tak perasan langsung..yang dia tau bila perempuan tu dah blah, dia tengok beg mak dia takde. tapi yela kan, org malaysia ni baik2 belaka..semua hulurkan bantuan, mama aku offer guna handphone dia utk perempuan tu call polis. yang hulurkn telinga untuk dengar cerita pon ramai jugak. kesian pun ada makcik tu. bila buat report kat PLUS diorg cakap minggu tu je da 3 kes dha. orang tgh ramai, nak carik pun mana dapat..kira halal jelah..mmg rezeki pencurik tu..

masa kejadian tu aku dalam toilet, tiba2 pulak ayah call cakap jaga barang2 korg..ada orang hilang beg kena curik. aku pon tak reti nak klasifikasi tu ragut ke, curik ke, rompak ke. curik la kot..

masa cousin + makcik aku tengah solat, semua suruh aku pegang..*cuak time tu* tapi aku rasa pencurik tu tak kan datang time org tengah kecoh2 macam tu..tapi aku takut jugak. besilang2 beg kat badan aku masa tu. kalau dia pukau aku keluar bawak semua beg2 tu tak ke naya. nganga jela semua nanti.

kitorg memang jarang bawak beg masuk surau, sebabnya mama pernah kena macam tu jugak sebelum ni, tapi kat R&R Tapah. memang bahaya..yang kes makcik tadi tu org tengah ramai, mungkin org tak perasan..tapi kes mama aku ni org tak ramai. masa mama + adik + maklong aku masuk surau tu, ada sorg perempuan duduk kat tepi gaya macam tgh tunggu seseorang. mama + adik + maklong pun macam biasa lah nk ambik wuduk tinggalkan la semua dalam satu beg *beg mama la* lepas ambik wuduk je, semua pelik sbb beg tu dah takde. felik3..bila tanya semua, diorg cakap ada nampak perempuan jalan keluar ikut pintu sebelah sana. *sebelah mana pun aku tak pasti la* terus buat report. rupa2nya dah banyak kejadian macam tu jadi kat situ. tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. yang susahnya time tu kunci kereta kat dalam beg mama. kena la patah balik ambik kunci, tapi tak mematahkan semangat diorg utk bercuti kat langkawi. haha..kaya pencurik tu, tiga2 orang baru beli handphone..maklong aku pulak suka bukak barang kemas dia sebelum wuduk. last2 semua shopping barang yg hilang kat langkawi. ngahaha..

so, pada kaum2 hawa sekalian..bila solat tempat awam tu jangan la bawak beg, simpan dalam bonet kereta lagi bagus. kalau ada siapa2 yg boleh pegangkan, suruh la. dari bawak masuk surau kat R&R tu, bahaya. untuk kaum adam jugak pesan la kat adik beradik, isteri dan anak-anak perempuan korg..just berjaga2 la..

p/s : ada lori ada bas, esok-esok ada lagi yang kena kebas

Thanks a million



Sunday 8 April 2012

rabu cuti woi

nampaknya ramai lagi yang tak tau rabu ni cuti umum sempena pentabalan agong. aku pun baru tau last week. sila la baca atikel dibawah untuk maklumat lanjut ye.

11 April diisytihar cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sidek berkata, dua acara utama diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - Bernama

sumber : www.hmetro.com.my

cepat sembuh nenek

last night nenek ICU, suspect stroke. tapi aku tak dapat balik, adik je update keadaan nenek. this morning dah stabil but still unconscious. lets pray for nenek's health, get well soon nenek. =[


Tuesday 3 April 2012

Keropok lekor Cheese

semalam aku cari lokasi keropok lekor cheese ni. dah pusing-pusing shoplots tu sebab tak tau kedai mana satu, google cakap dekat usj 2/2C..rupa-rupanya gerai tu depan Restoran Sri Anggerik. semangat aku, sampai-sampai tak bukak lagi, hampa. 

ok, high expectations agaknya. (-_-")! tengok sendiri lah. siapa2 yang nak rasa boleh datang, ada macam-macam selain keporok lekor.


(Rm 4.50)

aku agak dia letak mayo + sos. tak pun thousand island

~~~O~~~

update : 9/4/2012

ada yang tanya kat mana gerai keropok lekor cheese ni. baikla baikla aku bagitau.

gerainya kat jalan usj 2/2c, dari persiaran kewajipan depan summit usj tu, ada simpang empat nak ke mydin usj tu. sebelah kanan ada shell dan petronas, masuk kat situ kat persiaran murni..gerai dia betul-betul depan Restoran Sri Anggerik. 

kalau dari persiaran tujuan (dari subang jaya) akan jumpa jugak persiaran murni tu kat traffic lite simpang ke USJ5 / 6. masuk kiri. jalan sampai hujung akan nampak Restoran Sri Anggerik kat sebelah kiri. tapi kalau siang dia tak bukak. lepas pukul 6 petang baru ada. kbai.