Tuesday, 27 March 2012

KFC Coupon Promo guys~~


*Online coupon promo Meal for Two = Rm19.90*

3 Pieces Chiken | 1 Colonel Burger | 
2 Whipped Potato (R) | 
1 Coleslaw (R) | 2 Iced Lemon Tea (R)

Valid until 30 June 2012

p/s : baaalik makaaaann malaysia baaaalik makaaaan =P~

Wednesday, 14 March 2012

hijrah

aku bukan la baik sangat tapi aku kesian, malu, kesal, terkilan sebab bila dapat tau orang yang sebelum ni baik, bertudung, jaga aurat walaupun mulut takde la berapa nak cantik ayat yang keluar tapi sekurang2nya yang zahir tu dia jaga la jugak. tapi bila tengok tiba2 da free hair, baju tak cukup kain, tambah pulak merokok, masyaAllah. gambar pulak skrg ni kalau boleh nak tunjuk body tu selagi mampu. tak kesian ke kat anak2. kat mak ayah. aku tak tau la berdosa ke tak bekas suami dia.

aku bukan nak kata aku ni bagus, taaakkk. kita kalau boleh hijrah ke arah yang lebih baik, lebih disenangi, lebih disukai. tak ke? ini dah berbikini bagai. dah tak ada rasa malu dah. memang kubur masing2. tapi siapa la pulak nak tanam kalau bukan orang2 yang masih hidup ni kan? ini lebih kepada dakwah untuk diri sendiri jugak la. orang cakap kalau tak boleh tegur depan2, tegur dalam hati je dan aku rasa dengan kongsi kat sini, peringatan untuk aku, korang dan semua yang baca.

mintak dijauhkan dari kita semua. harap2 kita hijrah ke arah yang leih baik. amin.

Wednesday, 22 February 2012

Taylor Swift ft Zac Efron

you probably may have seen this on facebook or found it yourself on you tube, but i just wanna share it here..they performed in ellen show with funny lyrics but awesome combo..enjoy!

Sunday, 5 February 2012

budak kecik yang super cute.

tadi godek2 koleksi video lama, just nak share video ni..dulu masa study famous gila budak kecik ni, nyanyi dengan sepenuh hati. muka full of expression. dengan gaya dia yang super cute tu. hehe, tak tau skrg apa cerita..tapi aku ada reserach sikit, owner blog tu bagitau ada video budak ni mengaji sebab ada yang complain mak ayah dia didik dengan ajar lagu. jadi nak puaskan hati orang lain mak ayah dia record & upload dia mengaji pulakkk. huhu,+ tapi aku tak jumpa pulak, jom layan..


aku cari video ni kat youtube, mula2 tak jumpa. so aku upload. 
dah upload baru jumpa pulak. haha. (+___+)


in case la video yang aku upload tu tak boleh play, 
aku letak jugak yang ni. =]


ini ada banyak la jugak dalam youtube. so have fun. ;]


p/s : comel rasa nak gigit pipi =P

Friday, 3 February 2012

cuakk! bukan di astro ceria.

Lebih kurang 8.30 pg td keluar dari rumah, hantar ayah dengan mama ke kl central. nak bercuti ke Bei Jing mereka ni weh. kena tinggal anak2 dia semua. tapi aku ingatkan boleh la meronggeng dengan adik kat rumah tapi sedeynye3 lah sebab adik ppuan aku, mira. pun holiday jugakkk..huwaa. tinggal la aku dengan adik lelaki aku, boy. ok sambung cerita. sampai kl centrl kami drop mama ayah kat entrance between kl central, hilton hotel & le meridien hotel. dah peluk cium mama ayah, kami gerak la. eh, sebelum gerak cousin kami call nak follow ikut balik *ingatkan dah balik sebab diorg sampai awal* lepas tu kami tunggu depan entrance Air Pickup kalau tak silap aku la. der, mana nak ingat. heh. tapi kat depan axiata, tu aku ingat. so kami park kereta, mira hi2 dengan makcik + cousin aku kejap. aku dari dalam kereta lebih kurang jarak 10 meter dari tempat makcik aku duduk, buka tingkap ingat nak lambai tangan. dok bercerita pulak..tapi, aku terperasan sorang mamat ni..dari tadi tenung aku,  

kemeja merah kotak2 + jeans biru muda + bag pack = gaya macam mat bangla.

fine la, aku tak kisah kau nak tenung muka aku yang jelita ni, tapi apsal muka macam ade niat tak baik bro. pernah tak tengok orang macam tengah usha line clear ke tak. aku cuak ok, sebab pandangan mata dia tajam. macam nak terkeluar biji mata. pernah tengok mata buaya? aa lebih kurang. kot dia nak ambik alih title jadi buaya darat aku tak tau la kan. dah tu, berdiri rapat sangat degan kereta. tak normal. dengan pantas la jari aku tekan button naik kan cermin tingkap. aku usha jugak mamat tu, agaknya cun sangat aku ni sampai dia nak tenung tak berhenti. boleh pandang2~ jangan pegang2~ ecewah! tapi serius aku cuak. aku lock pintu kereta. tiba2 dia rapatkan badan kat pintu belakang,

dia cuba buka pintu kereta! dua kali dia tarik. i saw it. aku cuak! aku cuak!

masa tu aku dok terpandang makcik aku, yang perasan jugak mamat tu dok cuba bukak pintu kereta kami. aku pegang handphone tapi aku tak tau nak dail apa?siapa? cuma ingat nak dail makcik aku jela tapi mira masa tu dah berjalan nak ke kereta, esh aku takut kang mamat ni tetiba attack dia pulak. nak unlock pintu pun aku gabra tau. mana la tau buatnya tiba2 mamat tu attack aku, yela dah dia duk berdiri dekat dengan pintu aku.

mira masuk kereta, mamat tu tak blah lagi. still standing sebelah kereta kitorg. aku tak tau apa intention dia masa tu. kau tak rasa yang kami ni boleh repot polis ke? aku memang ada niat nak call polis dah masa tu, tapi mira cakap tak payah. ada la dalam 5 minit dia stare kat kitorg. sumpah aku cuak. lepas tu dia jalan macam nak melintas jalan, tapi tak pun. lepas tu patah balik, tah mana nak pegi ntah. mira terus call makcik aku. kitorg memang cuak2 kat dalam kereta tu. kalau tak sebab tunggu our cousins, kitorg memang dah jalan dah. sampai sekarang pun rasa cuak lagi kalau ingat balik.

nasib la aku memang selalu lock pintu kereta, kes ni pun aku kira terlupa gak la nak lock. lambat, dah nampak bahaya depan mata baru nak bertindak tapi syukur tak jadi apa2. 

untuk korg, beware bila park kereta area kl central tu. make sure, lock kereta ok.

p/s : lock jela kereta tu tak kira siapa pun yang ada kat dalam, atau sekejap mana pun korg keluar.

Tuesday, 31 January 2012

Bace je lah~

aku rasa harini hari Weng aku la kot. semalam tak nyenyak tidur sebab jiran-jiran aku yang baik hattuiih~ tu main mercun time midnight. aku baruuuuu je nak masuk zon nyenyak, tiba2 KEPAPOW! POW! POW! PAPOW! PAPAPOW! 20 minit la macam tu..lepaih tu senyap. aku pun sambung tidoq la kan. KEPAPOW! lagi sekali~~ berlarutan selama sejam jugak la. TRIMAS jiran aku yang hump! aku pun bangun on lampu bilik, sambung baca novel..tah pukul berapa tertidur tak tau lah..

lepas tu pagi ni bangun lambat ler, tapi ok lagi la..dok siap2 tu tiba2 tengah dok lilit2 tudung boleh pulak terasa geli2 kat kaki, aku ingatkan rubber band ke, rambut yang terkumpui2 tu ke..aku pun anjak kebelakang sikit. disebabkan aku pakai baju kurung, idok le aku nampak pebende..aku anjak kebalakang lagi. balakang eh? haha. ok sambung, aku ternampak lipan. memang la tak sepanjang satu jengkal tapi cukup la buat aku kaget. buatnye lipan tu ngap kaki aku tadi. sia2 je aku kena gigit lipan. berpeluh2 kejap. tapi tak sempat bunuh. balik karang.

cerita lain pulak. tadi pergi bank. Maybank. ada dengar2 atau baca tentang SARA 1 malaysia tak? aku pergi bank sebab tu la pun. ni adalah skim pinjaman untuk pelabur2 *ASB* yang takde duit nak simpan dan di beranakkan. modal boleh dipinjam dari bank2 terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. aku rasa orang2 bank ni pun tak jelas pebende sebenarnya SARA 1 Malaysia ni. sebab kawan aku pergi RHB, bank officer cakap hanya untuk orang yang dah kahwin jek. tapi tadi aku tengok takde pulak dia mention untuk orang yang dah kahwin je. Maybank pun mula2 tadi cakap serupa tu jugak tapi bila dia tanya pegawai atasan diorg cakap boleh. hah. tak ke betul tu?satu lagi, cop pengesahan setahu aku employer pun boleh. tapi diorg cakap kena ada cop penghulu/adun pulak. tak kisah lah, aku isi je form, kang lepas tu hantar je.

kalau nak tau lebih lanjut boleh baca sini atau sinun

p/s : insyaAllah niat yang baik akan di permudahkan. Amin.

Friday, 27 January 2012

Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]



Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.

Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1) Allah ciptakan Adam
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) 

kredit to : hazwaziha.muhammad@ak​ersolutions​.com