Sunday 5 December 2010

pengantin disamun?

wah. pernah dengar pengantin disamun? pernah dengar pengantin tengah duduk makan beradab tiba2 ade org datang acu pistol then cakap..

"berhenti makan, serahkan kerongsang2 dan cucuk sanggul anda sekarang." ade ke macam tu? memang tak berhati perut betol la org yang menyamun tu.
tak tak, tu konon2 je..bukan macam tu sebenarnye. ini kisah benar ok. tak main2 tau *iklan P1 wimax. berape P1 wimax baya ko ni huda?* ini kes pecah rumah semasa majlis kenduri kawen. memang malang la keluarga tu, dah la keluar duit banyak2 nak buat kenduri. alih2 kena kebas pulak.

kes ni berlaku pada 28/11/2010 *baru lagi ok, bru bulan lepas.* diorg ni sekeluarga buat majlis kawen kat USJ 22. majlis mmg la vouge, berjalan lancar macam highway duke kalo takde tol. lancar sampai la majlis tu abis pukul 4 petang pada hari yang same la kan. tapi tiba2..jeng! jeng! jeng!..diorg dapati ade ahli keluarga kehilangan dompet, kad kredit dan yang paling penting skali, duit mas kawen pon kena kebas *tak sempat nak joli duit mas kawen*. hampeh betol penyamun tu. anggaran kekebasan yang telah dikira adelah berjumlah RM2,500 tunai. ade jugak dokumen2 penting macam ic, lesen memandu dan kad bank hilang kena kebas jugak.

diorg syak 2 org pompuan melayu dewasa berumur agak2 38-42 tahun dengan 2 org kanak2, perempuan dan lelaki antara umur 12-15 tahun dan 7-9 tahun berkemungkinan terlibat dalam operasi kebas mengebas nih. diorg ni mmg la mesra~ *dengan gaye Bob Af1* lepas tu diorg buat kerja mase pengantin tengah lapo bersantap makan beradab, mmg tak beradab pengebas tuh. yela tengah mentekedarah sape nak perasan brg2 penting macam tu kan. kat umah sendiri pulak. pengebas2 tu mintak izin nak solat la kunonnye, kuanghajo. petu diorg masuk bilik kunci then ape lagi, selongkar ape yang patot la kan. diorg masuk semua bilik, sbb berdasarkan keterangan lokasi brg2 org rumah yang hilang tu. penyamun tu mase majlis pakai baju kurung maroon & purple *ewah3..baju nak glemer nyah*

rupenye ade kes sebelum ni pon pakai baju yang same. diorg pakai tudung, kulit hitam manis *negro ke ape, merosakkan imej org bertudung. ciss* berdasarkan siasatan polis, ini kes ke-4 yang dilakukan oleh org yang same. berlaku jugak di tempat yang sama, sekitar USJ dan Putra Heights. diorg sekeluarga tgh bantu polis dengan mengumpulkan gambar2 mase majlis dijalankan. mane la tau kot2 ter klik! klik! klik! gambar diorg skali kan. possible tak? amboi, mmg tumpang glemer la penyamun tu.

jadi. memandangkan suda dekat akhir tahun ni, eh mmg da akhir tahun ape. mesti banyak org buat majlis kawen kan. sesiapa yang nak buat majlis kawen tu, hati2 la ye. brg2 berharga tulong simpan kat tempat yg tersorok. kunci. simpan dalam peti sejuk beku. eh salah, peti besi. tapi jangan la peti besi yang ringan, kang dengan peti2 tu diorg kebas pulak. eh tapi peti sejuk beku sape nak bukak ye tak? tak kan nak curik ikan sembilang yang nak buat masak lemak pulak kan. tak pon letak kat tempat yang org bole tengok yang senang nampak kalo ade sape2 pegang atau ambik. pencuri zaman skrg ni canggih betol. mesti die skola dulu pakai baju brand canggih.

sumber berita tersebut adelah dari SJAlert.

3 comments:

  1. aduhh..kalau aku jmpa perompak tu aku cincang buat daging bege.

    ReplyDelete
  2. shahjiehan:
    tau xpe..
    mmg bahaye..
    kena jaga2 tau..
    org skrg ni bukan kire ape..

    sugar2 kapas strawberry:
    hihi..
    da mcm mona fendy jek..kerat 18..
    sape nak mkn daging burger tuh..huhu =P~

    ReplyDelete