Tuesday 31 January 2012

Bace je lah~

aku rasa harini hari Weng aku la kot. semalam tak nyenyak tidur sebab jiran-jiran aku yang baik hattuiih~ tu main mercun time midnight. aku baruuuuu je nak masuk zon nyenyak, tiba2 KEPAPOW! POW! POW! PAPOW! PAPAPOW! 20 minit la macam tu..lepaih tu senyap. aku pun sambung tidoq la kan. KEPAPOW! lagi sekali~~ berlarutan selama sejam jugak la. TRIMAS jiran aku yang hump! aku pun bangun on lampu bilik, sambung baca novel..tah pukul berapa tertidur tak tau lah..

lepas tu pagi ni bangun lambat ler, tapi ok lagi la..dok siap2 tu tiba2 tengah dok lilit2 tudung boleh pulak terasa geli2 kat kaki, aku ingatkan rubber band ke, rambut yang terkumpui2 tu ke..aku pun anjak kebelakang sikit. disebabkan aku pakai baju kurung, idok le aku nampak pebende..aku anjak kebalakang lagi. balakang eh? haha. ok sambung, aku ternampak lipan. memang la tak sepanjang satu jengkal tapi cukup la buat aku kaget. buatnye lipan tu ngap kaki aku tadi. sia2 je aku kena gigit lipan. berpeluh2 kejap. tapi tak sempat bunuh. balik karang.

cerita lain pulak. tadi pergi bank. Maybank. ada dengar2 atau baca tentang SARA 1 malaysia tak? aku pergi bank sebab tu la pun. ni adalah skim pinjaman untuk pelabur2 *ASB* yang takde duit nak simpan dan di beranakkan. modal boleh dipinjam dari bank2 terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. aku rasa orang2 bank ni pun tak jelas pebende sebenarnya SARA 1 Malaysia ni. sebab kawan aku pergi RHB, bank officer cakap hanya untuk orang yang dah kahwin jek. tapi tadi aku tengok takde pulak dia mention untuk orang yang dah kahwin je. Maybank pun mula2 tadi cakap serupa tu jugak tapi bila dia tanya pegawai atasan diorg cakap boleh. hah. tak ke betul tu?satu lagi, cop pengesahan setahu aku employer pun boleh. tapi diorg cakap kena ada cop penghulu/adun pulak. tak kisah lah, aku isi je form, kang lepas tu hantar je.

kalau nak tau lebih lanjut boleh baca sini atau sinun

p/s : insyaAllah niat yang baik akan di permudahkan. Amin.

Friday 27 January 2012

Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]



Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.

Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1) Allah ciptakan Adam
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) 

kredit to : hazwaziha.muhammad@ak​ersolutions​.com

Tuesday 17 January 2012

ibu bapa vs anak, salah siapa?

mungkin sesetengah orang cakap tak adil, tapi aku rasa apa yang aku baca dari petikan ni ada betulnya. adil ke nak salahkan anak tu je bila dia jadi penjenayah? secara dasarnya kita nampak pendidikan tegas tu baik dari mata kasar..sebab bak kata pepatah, nak melentur buluh biar la dari rebungnya. tapi kita nak lentur rebung pun kena lembut2 jugak, kalau kasar tercabut/patah jugak kn? itu la yang orang selalu ambik ringan. sesetengah orang tu reti cakap je. kena macam tu, kena macam ni, bla3.. tapi bila sendiri yang hadap, tak pulak buat macam tu. memang kita tak sempurna, jadi..jangan la kita harap yang sempurna je dari orang lain. tapi pilihan tu ada dalam tangan kita, macam yang ustaz cakap, kita kena kembali kepada islam. fikir2kan la..sebagai peringatan untuk diri sendiri..

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?  
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
 
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
4 Muharram 1431 H
21 Disember 2009

p/s : semoga nanti aku boleh jadi ibu yang baik untuk anak2 aku. amin.
 

Wednesday 11 January 2012

nose, bukan sejenis kasut

ok, lukisan aku hodoh. tak bermakna tuannya pun hodoh.

mungkin ramai kot manusia kat luar sana yang ada persamaan dengan aku. aku tak tau la, tapi aku sensitif sangat dengan bau. aku bukan la jenis yang suka bau wangi, sikit2 boleh la sebab terlalu wangi/kuat/keras buat kepala aku pening tapi busuk sangat pun sure semua orang tak suka jugak. tapi aku perasan kadang2 aku adalah orang yang terawal akan terhidu sesuatu bau. aku tak ada sixth sense ok. tapi bila bab bau2 yang tak berapa nak best tu memang hidung aku cepat je tangkap. bau best tu syiok la kalau dapat bau, yang tu tak ada masalah. aku rasa ada jugak antara korang yang boleh bau macam aku.

ok, aku bagi situasi. contohnya nak minum air, bila aku dekatkan mug/cawan ke mulut pada masa yang sama aku boleh hidu bau air tu tapi aku pun boleh hidu kalau ada bau semut atau lipas. mungkin sebab binatang2 tu memang tinggalkan bau bila lalu. tapi yang tu aku boleh atasi, ada satu situasi yang aku rasa susah nak elak. ok, apa yang aku bakal ceritakan ni mungkin tak menyenangkan sesetengah pihak, tapi aku cuma jelaskan apa yang menyebabkan aku pening.

jiran sebelah rumah aku orang india, biasa lah kalau orang india diorg ada bau2an diorg kan. personally hidung aku tak berapa boleh nak terima la bau2 ni. diorg kan suka bunga melur/jasmine. time bunga tu kudup/belum kembang. aku boleh bau, rilek je bau..tapi bila dah kembang, aku akan pening kepala sepanjang perjalanan kalau bunga tu ada dalam kereta. dan silap2 aku akan muntah.

pernah sekali aku lupa bawak kunci rumah, takda orang kat rumah. dah malam pulak tu, terpaksa la menumpang jiran tu, kat luar gelap & banyak nyamuk. *aku memang nyamuk detector ok, yang ni kita cerita lain kali* kebetulan diorg nak sembahyang. bau semerbaknyeeee la~ ya Allah peningnye kepala aku time tu, nak keluar takut diorg kecik hati pulak. iyela, jiran la katakan. ku tahan jebat. ku tahan. diorg offer makan minum semua aku tolak. dalam hati aku cepatla mama ayah balik. dugaan sungguh la. dekat sejam lebih jugak la aku duduk situ.

kat office pun salah sorang bos aku bila dia datang dengan bau2an ehem3 dia tu, aku pening. pening ok. dah terpaksa la aku beli perfume letak kat meja. maaf la bos, i tak tahan bau tuuuut bos tu.

aku sendiri pun tak faham kenapa aku tak boleh nak hidu bau yang wangi sangat. dulu pagi2 ayah mama nak pergi kerja bilik diorg penuh bau perfume, macam tak bernafas aku kalau duduk dalam bilik. kecik2 dulu ayah suka letak pewangi dalam kereta yang dalam tin kecik tu. perghhh yang tu memang terbaik la pening dia kalau aku hidu. lagi2 yang lemon tu. memang confirm aku muntah.

bau asap rokok, yang ni memang aku paling anti sekali. dalam kereta, kat office, bustop, nak bahayakan kesihatan sendiri je boleh tak? jangan la bahayakan aku pulak. bau asap tu buat pening kepala tau. kang marah cakap tak sayang. =P~ tipu2. eh, sayang ape. sebab tu la aku tegur. kat office pun ade jugak bau asap rokak ni, agaknya sebab aku duduk dekat dengan pintu. orang2 yang merokok kat tangga tu asap dia boleh masuk sampai dalam office. tapi orang lain tak bau pun, aku je. hesh. tu yang aku cakap aku sensitif tu.


 cool tak macik nih. ngeh3.


p/s : banyak songeh la hidung aku ni..hesh.

Tuesday 10 January 2012

O.M.G kenny rogers roasters buy 1 free 1 quarter meal

ROASTER HEALTY EATING DAY~

ok2 sila baca dengan teliti.

syarat2 untuk dapat buy 1 free 1 quarter meal kenny rogers :~


wear RED clothing/footwear/accessories

+
 
BUY 1 kenny's quarter meal
 =
FREE 1 kenny's quarter meal.


[dine in only]
 


Amaran : hanya pada 11 januari 2012 sahaja

Friday 6 January 2012

fibox

ok, 1stly Happy New Year, Selamat Tahun Baru & Glückliches Neues Jahr kepada semua~


kepada sesiapa yang guna chatbox shoutmix, korang mungkin tau yang shoutmix dah tak menawarkan perkhidmatan percuma. jadi dengan itu aku pon tercari-cari la shoutbox yang baru. at 1st, aku guna cbox..tapi tiba2 semalam aku tersinggah blog si zack, then tertengok pulak shoutbox dia. cambest pulak la kan. dengan pantas aku sign up. tapi kekecewaan melanda sebab payah sangat nak sign up manual, aku malas nak link kan fb punya acc. tapi lastly aku give up, aku ter-sign up jugak guna fb. mula la aku menggedik kat shoutbox baru tu. yang bestnye, kita boleh chat online tanpa ada delay2. maksud aku kita tak payah nak refresh la, dah confirm2 dia akan ter-refresh dengan sendirinya. pulak tu, chatting kat homepage chatbox tu pulak tu. memang paling bagus untuk tingkatkan traffic *itu kepada sesiapa yang nak tingkatkan traffic la ye* dan aku semakin syiokk pulak chatting kat homepage shoutbox tu. kalau korang nak join, mohle..jangan segan2 ok, deme sume peramah belake =P~


berminat nak join shoutbox yang cool ni? jom klik sini >> fibox


print screen my fibox. ok nampak sangat takde orang online.
maghrib ok, maghrib. sume solat.



peringatan : letak nama yang betul2 ok, jangan letak nama untuk test2..sebab setahu aku tak boleh tukar da lepas tu. kalau boleh bgtau aku ok, sebab aku pun nak tukar =P~


selamat mencuba!


ok, setel pasal shoutbox. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~000~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


update~


ok, aku dah dapat sign up guna email. rupa2nya aku yang salah sebab letak password memandai, patutnya guna password email tu jugak. haha. sengal.