Wednesday 15 July 2009

story mory

Pemalas
Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku..

Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

*ahaks..nak cite pun mls..seb baik blooger tak ceni..kalo tak..blog sume kosong jek..=P*

||--------------------------------------------||

Kedekut
ada tiga org lelaki yang suka minum di kedai kopi mutusamy. ketiga2 lelaki itu adalah seorang yang kedekut. pada suatu hari, minuman mereka dimasuki semut..

lelaki pertama :-
kerana kedekut dia telah menggunakan sudu dan membuang semut itu hanya menyentuh hujung sudu sahaja.

lelaki kedua :-
kerana rasa kedekut dia telah menggunakan penapis untuk membuang semut tersebut.

lelaki ketiga :-
kerana terlalu kedekut dia telah menangkap semut dengan jarinya dan menghisap baki2 air di badan semut itu.

*gile kedekut. yuks~*

No comments:

Post a Comment