Monday 31 December 2012

Selamat datang 2013

Rasa macam sekejap pulak dari 31.12.2012 ke 1.1.2013.

Banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012..
Semua tu buat aku jadi lebih matang dan tabah..
Lebih pengertian tetang kawan, lawan..
Lebih mengenali kawan ketika busuk masam..

Suatu masa aku pernah fikir, kenapa aku?
Kenapa aku yg perlu hadapi semua tu..
Aku faham, semua tu ketentuan Allah..
Tapi aku manusia biasa yang memang selalu silap..

Silap memilih..
Silap buat keputusan..
Silap menghakimi seseorang..
Silap dalam mengatur..
Semuanyalah..

Tapi aku bersyukur.
Masih ada yang faham aku..
Masih ada yang sayangkan aku..
Masih ada yang sanggup bagi aku peluang..

Untuk semua itu. Terima kasih.
Terima kasih kerana menyedarkan aku..
Terima kasih kerana masih disisi aku..
Terima kasih kerana mampu tersenyum walaupun aku mengecewakan kalian..

Dan maaf jika aku masih belum mampu membahagiakan kalian..

Aku doakan kita mampu mencapai apa yang kita idamkan..tabah hadapi dugaan seterusnya.
Amin.

Sunday 30 December 2012

Belajar untuk salahkan diri sendiri

belajar la jgn salah kan org.
awk kecewa salahkan diri sendiri jelah.
bila dah start salahkan diri baru awk belajar betulkan diri sendiri.
bila dah betulkan diri sendiri, baru masalah yg biasa buat tak buat dah.

setiap kali perbuatan. kena pk. apa yg kena buat.

nak keluar rumah, sbb tak ada kunci, buka kunci pagar dulu, masuk simpan. baru kunci pintu.

tahu salah tapi tak betulkan.
dah tahu kunci hilang tak duplicate.

awk salahkan jgk mereka.

Monday 12 November 2012

Big Thrill

Sky trex buat pertama kali bikin aku kaget dan cuak bila menyeberang tali diantara dua batang pokok. buat kali pertama aku menjerit dalam hati nak balik! dalam hati je, kat luar aku cakap jugak mueheheh. kali pertama aku terus terang mengeluh bila buat aktiviti lasak.

Bila balik rumah cerita dengan mama ayah, rupa-rupanya mama kata aku memang gayat. Patut la aku ketaq lutut bila naik tempat tinggi.

Ok. Aku kena mengaku memang gayat, tapi selalunya gayat aku tertinggal kat tengah-tengah aktiviti bila mula rasa syiok kat situ. Kalau aku masih gayat pun selalunya aku masih boleh kawal tapi sky trex ni agak keterlaluan gayat aku.

Baru big thrill, belum extreme lagikk heheh. Ruginya sebab takde sijil atau bukti yang kita dah naik sampai habis.

Tiba-tiba ayah buka cerita pasal kapal yang kitorang pernah naik masa pergi singapura. Kapal tu memang besar, macam real. Pernah tengok/naik permainan kapal outdoor dekat genting tu? Ha lebih kurang macam tu la tapi singapura punya masa tu tinggi dan besar gila.

Lepas tu masa dia turun tu..fuhh fuhh fuuuhhhhh rasa jantung dah kat luar dah..sudah tu dia hayun lama pulak tu..nasib baik aku tak terkucil ke ape ke. End up aku duduk dekat kaki ayah. Serius aku memang cuak sangat la time tu.

Tapi mama kata dah takde dah..masa tu singapura banyak tanah lagi..

Next time kalau ada kelapangan lagi aku nak try big trill sekali lagi, insyaAllah extreme jugak. ^^

Tuesday 23 October 2012

Cornflakes Madu

selamat pagi. *11.43* pagi lagi kan? :D

harini nak kongsi resepi kuih raya, tak berapa nak kuih sangat la sebab cornflakes je. ye, kita buat cornflakes madu. resepi ni aku dapat dari blogger Raihanna atau lebih senang dipanggil Rai.kagum dengan Rai ni tau, student medic belajar kat moscow tapi minat dalam bidang masakan. dan dia sangat-sangat berbakat.

sebenarnya cuba resepi ni dua tahun lepas, jadi tau~! (^_^) hehe cuba bayangkan rasa seronok tak terhingga dia tu sebab 1st time buat terus jadi. rupa-rupanya senang je nak buat dia. tak percaya? jom.


Bahan-bahan :

250 gram cornflakes
2 sudu besar madu
kacang tanah & badam yang ditumbuk kasar (boleh juga tambah kismis/ceri/cashew nut kalau suka)
3 sudu besar golden syrup (brand Nur)
50 gram/1 senduk gula pasir
1 senduk marjerin
choc rice/manik warna warni/ceri sebagai hiasan
acuan kertas secukupnya


Cara-cara membuatnya :

1. satukan marjerin, golden syrup, madu, gula pasir di dalam satu periuk/kuali.

2. panaskan bahan-bahan di atas dengan api yang sederhana sehingga larut kesemuanya. Tutup api.

3. ramaskan cornflakes dengan kacang & badam di dalam satu bekas.

4. curahkan campuran yang masih panas tadi ke dalam bekas yang berisi cornflakes dan kacang tanah & badam tadi..gaul rata sehingga sebati.

5. masukkan cornflakes madu ke dalam acuan kertas menggunakan sudu.

6. hias mengikut kreativiti masing-masing, aku guna chocolate rice

7. bakar di dalam ketuhar bersuhu 160 celsius selama 5-8minit.

8. selepas dibakar, biarkan sejuk pada suhu bilik sebab ia akan mengeras dengan sendiri.
 

dan fuhh, jadilah coco crunch! :p haha takdenye cornflakes dah bake rasa coco crunch. 

 ini la rupa dia masa tengah sejukkan dalam dulang

oh dan ini hasil 250g + 500g corn flakes. :)

3 botol ni, habis yillek dalam masa 4 hari, buat hari bantai (sehari sebelum raya) habis raya ketiga. raya keempat makan kuih lain eh. hahaha. ade jugak yang terhangus sikit, golap la sikit warna dia, tapi so far masih tak menjejeskan rupa, bau dan yang penting rasa. heeee. dan dapat permintaan dari adik sepupu aku untuk raya yang lepas, untuk raya korban ni takde pulak lagi :P


heee thanks Rai untuk resepi yang mudah dan sedap. (^_^)

jangan lupa singgah blog Rai ye, she got plenty of recipes. banyak sangat!  

selamat mencuba!

Thursday 18 October 2012

Newbie

oh ok, mesti semua pelik kan entri dah berlambak tapi kenapa blog ni takde satu pun follower? 

sebab?

aku tukar link. tukar email. dan blog ni hasil di-import dari akaun lama. since gmail tak benarkan kita buat lebih dari satu akaun macam yahoo, even 2nd acc pun tak boleh letak gmail acc. so i decided to make a new acc. heee. adalah lagi sebab lain, tak kan nak list-kan semua ye dak? ye dak? ye dak?

mula-mula aku nak letak 'storyofme' tapi sebab dah ada orang guna, aku tambah lah kat belakang which is bila aku baca jadi bunyi 'story of melah' KAKAKA. ok lantak situ. 

macam yang korang tengok, header pun takde lagi. tengah godek-godek nak letak header apa. so nantikaaaan. eh, kemain lagi. gempak sangat gayanya. hik.

tata.

Wednesday 17 October 2012

Meet Fazlina

tadi tengah doodle, tiba-tiba teringat fazminin sebab doodle yg aku buat tu seakan-akan dia! haha.







aku curik gambar kau kat twitter, jangan marah eh faz.

Friday 12 October 2012

Upstairs Cafe

Memang padan dengan nama pun, cafe memang kat tingkat atas. Nice. Teratur walaupun ramai orang. Red velvet dia umph! banyak lagi pilihan sebenarnya tapi kami memang nak makan red velvet. Mocha pun sedap. Enjoy the pic.


 @biBieOlga







@redammoc



lokasi : SS12 Subang jaya, shop lot next to SDMC

next time bawak @hayathaniza pulak ok (^_^)v

Thursday 11 October 2012

Ada appointment! Urgent.

Selesai wuduk, Juna dengan selipar basah bergerak ke surau. Ada seorang makhluk sedang solat. Ah, puan Ailin. Siap bertelekung Juna mulakan solat. Belum rakaat kedua dia dengar bunyi pintu yang cuba dibuka. Juna teruskan solat.
   
   "eh, apsal tak boleh bukak ni?" puan Ailin mengomel sorang-sorang. Pintu itu sekali lagi cuba dibuka. Ayat lazim yang Juna baca tak dapat dia teruskan.
Aihh, tak kusyuk solat aku. Juna batalkan solat.
   "kenapa puan?"
   "Pintu ni tak boleh bukak pulak" Puan Ailin berusaha lagi, tombol di pusing ke kiri dan kanan.
   "Eh takpelah Juna, you solat la.." Juna kembali solat. Dugaan sungguh.
Belum cukup terduga agaknya aku ni, Juna batalkan solat lagi..macam mana la nak kusyuk kalau aku dengar..
   "Erm siling ni nak panjat tinggi pulak" dengan loghat terengganu dia tu, lagi lah buat aku nak tergelak. Dok teringat Ustaz Azhar Idrus pulok doh. 

Dengan badan besar macam tu, memang tak lahhh. Juna dah mengekek dalam hati. Aku yang kecik ni pun tak sampai nak panjat, ade hati..kah kah. Ni kalau gelak aku boleh di kepul-kepulkan jadi awan, memang dah penuh dengan awan surau ni. Juna mengucap panjang. Pasang niat semula, cuba fokus solat. Kali ni berjaya sampai rakaat ketiga, rakaat keempat Juna tak sampai hati biarkan puan Ailin membebel sorang-sorang lagi.
   "I ada appointment ni, I dah lambat." haa sudah, appointment dengan client mana pulak ni.

Juna selesai jugak solat dengan empat kali percubaan. Rakan-rakan sepejabat penuh kat depan pintu surau, dah kalau puan Ailin boleh jerit sampai orang yang jauhnya sepuluh meter pun boleh dengar memang tak hairan la semua boleh berjemaah tolong bukak pintu dari luar pulak. 

Macam-macam cara dah dicuba, ada yang bawak toolbox. Aku pun tak faham kenapa nak bawak toolbox sebab Kina, budak admin tu dah call Daron tukang kunci dari LockSmith tu.

Puan Ailin mintak tolong ambilkan handphone dia, nak bagitau yang dia lambat la kot. Macam biasa Kina je yang tau semua benda. Handphone pun bertukar tangan lalu bawah pintu. Tiba-tiba..
   "Eshhh, handphone I habis bateri pulak." Semua yang dok mengadap pintu dekat luar dah tergelak. Tokleh nok wak mende doh laa..

Berbekalkan tukul dan pemutar skru dua, tiga saiz.. akhirnya terbukak jugak pintu surau yang tombolnya sekarang dah bolos. Daron sampai dengan muka bengang sebab dah takde kerja untuk dia buat. No income. Kesian kau Daron, nasib kau la deal dengan HR manager aku yang kelam kabut tu. Oh, tapi Daron dapat jugak la sepuluh ringgit. keh keh. Jadilah tu, duit kopi.

Juna keluar surau dengan senyum simpul tahan gelak..
   "I ada appointment, I dah janji dengan anak I nak makan KFC." Maka melopong lah sekalian rakan pejabat Juna. Kahkah.

*Appointment nak makan KFC sampai macam tu sekali..hadeh laa

Tuesday 26 June 2012

black feat. malique - teman pengganti

ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah harap kita
mati pun bersama

sejak dua menjak ini
makin kerap ku diganggu visi
bila celik, juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
dia membelaimu dengan izin dan permisi

sentuhan katanya semuanya kau iakan
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka

beberapa purnama dulu cinta bertahta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama

namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana-gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa yang ku mahu luah


***
rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya kau cari teman pengganti

dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas

70 000 hijab harus ku singkap
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada, seorang yang ku puja
kau teristimewa tapi Dia yang sempurna

[Ulang ***]

sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad, ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu

bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
ada sikit wang, itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

aku kan pergi
bertemu kekasih abadi
tiba masanya
kau cari teman pengganti





Monday 18 June 2012

Auji Samsudin

ambil masa jugak nak siapkan vector budak ni. berkat kesungguhan dan ketabahan aku *ecey* maka siaplah vector auji samsudin. [@AujiJiji]

acer kritik, ehh. kemain aku. haha. layan jelah. hiks.



p/s : komen untuk perbaiki kelemahan aku. trimas.


Qarin

salam semua. hari ni aku nak kongsi kuliyyah dari sorang twitter ni. aku follow dia sebab tweet dia mengajak aku ke arah insan yang lebih baik. aku mintak izin untuk share kuliyyah dia. dia kata ambik la apa2 pun dari tweet dia untuk di kongsi. alhamdulillah..jom baca =]

~~~o~~~

Kita start Kuliyyah malam ni, Ok semua sila baca basmalah dan Al Fatihah dulu ok, Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma Zidnee Ilman Naafi'an.

Malam ni tajuk Kuliyyah kita adalah : Qarin, Pendamping Setiap Manusia

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. FACT

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri

Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir FACT

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan

Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya

Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. FACT

Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat, sama ada malaikat ataupun qarin. ThinkIt

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir. LemahkanQarinAnda

Banyakkan membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah serta tinggalkan larangan Allah. LemahkanQarinAnda

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat.

Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabda baginda: “Ya aku juga ada tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja, yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ; Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad..

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata..

“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?”

Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?”

Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”

Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan" (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir.

Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk.

Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dan minum dia ingat Allah.”

Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. FACT

Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.

Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu. FACT

Terkontang kantinglah manusia itu dihadapan ALLAH nanti menjawab pertanyaan ALLAH.

Sebagai orang Islam, hendaklah kita senantiasa mendengar dipihak Malaikat yang membisikan kebaikan bukan Qarin yang membisikan kejahatan.

Siapa yang suka buat jahat, dosa dan maksiat itu maknanya Qarin dia sangat bijak memanipulasi dia dan Qarin dia sangat gemuk.

So, start from now lemahkan Qarin anda dengan mengikut Malaikat yang membisikan kebaikan pada anda. InsyaALLAH Qarin anda akan lemah tak berdaya.

So sekian sahaja Kuliyyah malam ni untuk sahabat, saya kasi pendek ja sebab tengok sahabat lain mengantuk dah. Kesian kat uols tunggu iols~

Moga bermanfaat buat kalian semua, InsyaALLAH. Yang kurang dari saya, yang hebat dan berkuasa hanya milik ALLAH SWT :)

sumber : @DyraHadi


Monday 11 June 2012

harapan - hyperact (ost seindah sakura)

harini nak promote seseorang ni. dia bukan artis. orang biasa je. tapi punya bakat semulajadi yang comel. hihi. menyanyi sambil petik gitar adalah comel bagi aku. jom layan. like semahu anda. :D



kat bawah ni pulak suara original ost seindah sakura. layan.


p/s : sedap lagu ni. ^_^

Friday 8 June 2012

abah penyayang

ahh bila tengok newborn baby, mula la aku pun teringin. lately ni ramai pulak beranak. tahu tak aku dok usha blog tweeps sorang ni. alahai anak dia comeyyu. paling comey bila abah dia yang bercerita. nampak tak kemanisan dan penyayangnya abah dia kat situ, nampak?


"Rasulullah saw bersabda, diantara doa nabi daud adalah :
  Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. 

Dan bila Rasulullah mengingat nabi Daud beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah."
(HR. at Tirmidzi dari Abu Darda/3828)


p/s : nak abah yang penyayang untuk anak-anak sy. amin.


Tuesday 5 June 2012

jom semak!


siapa dah mendaftar untuk mengundi sila angkat buku lali.

kahkah. kena buku lima baru tau kan? hiks.

yang dah mendaftar tapi tak tahu status, jom semak. sila layari http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

masukkan nombor mykad korang. tekan 'Semak'.

senangkan? kbai.


Wednesday 30 May 2012

vector pertama saya

ok ini cubaan melikus, eyy apeda melikus (-__-)! melukis.

testing 1, 2, 3..ekkhemm.

ok, ini cubaan melukis vector aku yang pertama. lukis diri sendiri je, kenapa? bajet cun ke? adalah sikit. hik..eh, tidak. sebab kalau lukis orang lain lepas tu tak cantik, nanti orang mungkin cakap..

"erm, kenapa pipi saya tembam?" | "mata saya kecik sangat lah!" | "eh, awak lukis gamba alien mana ni?"

haa..see? so, aku tepek je muka sendiri. sonang cito.

bersedia atau tidak?? bolos saja vector ituuuu!!! 


ala yela, yela kutuk la..kutuk sikit-sikit jela (-_-#)
jangan la kutuk lebih-lebih, bagi la komen yang membina. hik.



p/s : ok memang tak sebaik cikgu dani. maaf cikgu kalau ada yang terkurang.

Monday 28 May 2012

pengsan via derma darah


derma dara *dibaca derma darah*
event : TwtupCampus
lokasi : UPM Serdang

lepas je derma darah, kami ke toilet nak touch up balik la kan. tiba2 ada orang pengsan woi. depan pintu toilet pulak tu, aku dengan auji papah dia..tadi tu ada nampak dia derma darah jugak. kesian sebab dia sorang2. masa pengsan tu ada amoi dua orang berdiri sebelah dia, boleh pulak diorg blah je macam tu. aku syak diorg takut. mende tah takut tengok orang pengsan. tolong la lain kali. (-_-)!

aku dengan auji la papah dia. mula2 minah tu kata dia ok, lepas tu pengsan balik. kejadahnya ok. kitorg papah ke tempat derma darah tadi. jangan ingat dia ringan walaupun kurus, berat woi.

lepas tu pegi toilet semula. aku dah rasa kebas2 dah time ni sebenarnya, dalam toilet tu jugak aku sedut milo kotak yang diorg bagi lepas derma darah tadi sebab mata aku macam nampak tak nampak dah orang2 kat depan aku tu. aku nak duduk sebenarnya, tapi akhirnya masuk bilik derma tadi jugak. kahkah. tapi tetap duduk.

jadilah cerita 'orang derma darah papah orang pengsan akibat derma darah yang hampir pengsan'.

ohh, aku ada mencanting batik. nantilah upload pic batik tu, bukan lawa pun. hek. 

ohh! aku jugak beli bukufixi yuols. weeeeeee.

#Zombijaya #Kopi #KitabTerfaktab

p/s : jangan angkat berat lepas derma darah. +_+ ..

Friday 25 May 2012

perkongsian hari ini


semoga kita sentiasa berada di dalam lingkungan kasih sayang Allah. amin.

kredit : my mum

Wednesday 23 May 2012

Rejab datang lagi

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
 
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

kredit :  Haswaziha.Muhammad@akersolutions.com

Thursday 26 April 2012

percubaan pertama

harini aku cuba tutorial mata perempuan oleh dani.

ini dani punya yang cun melecun tu..

picture aku dah remove due to permintaan tuan empunya blog. *padahal tak mintak izin lagi, takut lettew* takpe, boleh klik sini untuk tengok pic yang dani buat sekali dengan tutorial dia sekali yek.

ini aku punya. tadaaaa...




p/s : dani, aku tak pandai la shades lebih-lebih. (-_-")

Tuesday 24 April 2012

testing my new eyelights pencil

guardian sedang langsungkan gualan penghabisan stok aku rasa. kat tingkat 1, 1st Mall Subang. tempat lain saya tak tau ye. tula siapa suruh jual mahal-mahal. hehe. akhirnya kena jual murah jugak kan kan kan. hik.

sempat la aku sauk sikit. eh, beli ok. harini try yang ni.

 Silky Girl | Funky Eyelights Pencil | Olive Green

 kulihat hijauuu~ 

 funky dok? comey dok? ye tau saya comey ^__^ 
*ye saya tau anda nak muntah, muntah lah (-_-")*


Friday 20 April 2012

keluarga telur yokies

main hashtag #AkuRindu90s kat twitter. tiba-tiba ada sorang perempuan cantik ni @xuriatee dia mention pasal Yokies. ala cerita katun telur dulu tu. ingat tak, ingat tak? meh recall balik. 


taraaaaaa!!!


comel kan??? =P

aku suka gila tengok cerita ni. paling ingat iklan dia, "Tahan, tahan, biar papa pegangg" lebih kurang kot macam tu. tapi aku punya la excited sampai cari kat youtube. haha. gila kan? sampai ade sorang terjebak jugak bila xuri dok tanya kat timeline. @ChadRazak . tapi kecewa sebab tak jumpa walau satu video pun. hampa, hampa. (-_-")

tapi aku gagahkan jugak cari lagi. akhirnya jumpa la jugak, tapi jumpa watak2 keluarga yokies je. ok la dari takde kan. jom aku kenalkan. (^__^)

 MAMA YOKIES

 EGIE

EGOF

 EVIRA


PAPA yokies takde, adik EGOF yang satu lagi pakai baju turquoise tu pun takde. tak jumpa la. nak je pegi RTM mintak diorang mainkan semula katun ni. hihik.


p/s : masih berusaha cari lagu tema Yokies. hik


Thursday 19 April 2012

getah rambut babi???

oook, minggu lepas aku balik kampung. mama ternampak getah rambut aku hok yang belit-belit tu. katanya macam dalam email, email apa? email dulu kala. aku pun tak berapa nak ingat dah sebenarnya. tengok jela gambar kat bawah ni. mungkin boleh kembalikan ingatan korang yang masih fresh. mula-mula aku ingat kan betul-betul kulit babi tapi bila google banyak yang bagitau rupanya kondom. kalau yang baru takpe, ini yang dah guna. pfttt. gelik woi.








seee???


getah rambut aku memang sebijik sejibik dengan rupa gambar first tu. luaran jela. kat dalam tak sama pun. aku balik, aku tengok sendiri apa ada dalam getah tu. lain sangat. haih.

yang kat bawah ni getah rambut yang aku beli.

|
|
|
\/





sama ke? dah tentu lah tidak. hurm. nasib aku tak buang semua getah tu. pokai woo. sedap guna. 
so lain kali periksan dulu sendiri punya. PERIKSAN? pon boleh hudaaa.